Si Sepanyol dan Itali, perintah berkurung dikenakan bagi menghalang penyebaran wabak Covid-19. Di beberapa negara lain pula kerajaan mula mengenakan perintah kawalan pergerakan. Oleh sebab itu penggunaan rangkaian Internet di benua ini meningkat mendadak. Bagi mengelakkan gangguan dari berlaku, pesuruhjaya Kesatuan Eropah Thierry Breton. memohon supaya penduduk Eropah untuk tidak menstrim video pada resolusi HD penuh.

Terdapat laporan resolusi video kini dikurangkan ke 640P sehingga kelihatan pecah pada televisyen berskrin besar. Apple dipercayai mengurangkan kualiti video ke tahap yang membolehkannya distrim pada rangkaian 3G yang perlahan.

