PGA rampas 1,990 pod vape seludup bernilai RM199,000 di Rantau Panjang

21 Jun 2026 • 11:10 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

PGA rampas 1,990 pod vape seludup bernilai RM199,000 di Rantau Panjang

KOTA BHARU, 21 JUN: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 1,990 unit pod rokok elektronik atau vape bernilai RM199,000, yang dipercayai diseludup dari Thailand dalam operasi di Pangkalan Haram Tebu, Lubok Gong, Rantau Panjang, semalam.

Komander Briged Tenggara SAC Ahmad Radzi Hussain berkata rampasan itu dilakukan anggota Strike Force Sektor A, Kompeni A Batalion 8 PGA dengan bantuan Jabatan Kastam Rantau Panjang menerusi Ops Taring Wawasan Kelantan pada 2.30 petang.

Beliau berkata ketika menjalankan rondaan di kawasan sempadan Sungai Golok, anggota PGA menemukan beberapa kotak berwarna coklat dalam keadaan mencurigakan di tebing sungai berhampiran pangkalan haram berkenaan.

“Hasil pemeriksaan menemukan sembilan kotak mengandungi 1,790 unit pod vape berperisa Flum American Tobacco dan sebuah lagi kotak berisi 200 unit pod vape berperisa Flum Float Melon Ice Cream yang disyaki diseludup dari Thailand.

“Semua barang rampasan dibawa ke Komtak Taman Bakti untuk tindakan lanjut. Tiada tangkapan dilakukan dalam operasi berkenaan," katanya dalam kenyataan media, malam tadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved