PGA rampas petrol, produk kecantikan bernilai RM177,000

LocalBeauty
8 May 2025 • 2:54 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

SEMPORNA: Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan dua individu dan merampas petrol serta produk kecantikan di dua lokasi berasingan di sini, Selasa lalu.

Barang rampasan bernilai RM177,000 itu diperoleh menerusi Ops Bersepadu Intra/Inter Agensi - Op Taring Dosej yang dijalankan oleh Unit Risikan/Pasukan Petugas Batalion Ke-22 Kunak, bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Komander PGA Sabah, Datuk Abdul Rani Alias berkata, rampasan pertama melibatkan petrol dibuat hasil serbuan ke atas sebuah premis tidak bernombor di Kampung Mesra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Hasil pemeriksaan mendapati beberapa tong besar berisi petrol di dalam premis tersebut. Pasukan operasi turut menemui sebuah bot kayu di belakang premis yang turut sarat dengan petrol dan dipercayai akan diseludup ke negara jiran.

“Seorang suspek warga asing turut ditahan dan mengaku terlibat dalam kegiatan penyeludupan petrol sejak 2023,” katanya, menambah nilai rampasan adalah sebanyak RM52,000.

Abdul Rani berkata kes tersebut diserahkan kepada KPDN untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Dalam serbuan kedua, seorang wanita ditahan dan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) dirampas.

Menurut Abdul Rani, pemeriksaan terhadap kenderaan 4WD tersebut menemui 11 kotak mengandungi pelbagai produk kecantikan tanpa cukai dan kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jumlah rampasan termasuk kenderaan dianggarkan bernilai RM125,000 dan diserahkan bersama suspek kepada pihak Jabatan Kastam untuk tindakan selanjutnya.

“Suspek mengaku barangan tersebut diseludup dari negara jiran dan dia terlibat dalam aktiviti ini sejak 2024,” katanya.

Abdul Rani berkata operasi ini membuktikan keberkesanan kerjasama antara agensi-agensi dalam membanteras aktiviti penyeludupan.

Beliau menambah PGA akan terus mempertingkat risikan dan operasi bagi mengekalkan keselamatan serta kedaulatan negara.