PGA tahan lelaki, rampas 350 kg durian seludup dari Thailand

LocalFood
19 Jul 2026 • 11:08 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

PGA tahan lelaki, rampas 350 kg durian seludup dari Thailand

SHAH ALAM, 19 JULAI: Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang lelaki serta merampas 350 kilogram (kg) durian dipercayai diseludup dari Thailand bersama sebuah kenderaan pacuan empat roda bernilai keseluruhan lebih RM50,000 di pangkalan haram Abe Li Posmen, Rantau Panjang, semalam.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, tangkapan pada jam 9.30 pagi itu dilakukan anggota Batalion 9 menerusi Op Taring Wawasan selepas mengesan sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam keadaan mencurigakan ketika rondaan, lapor Harian Metro.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan menemukan 350kg durian yang dipercayai dibawa masuk dari Thailand tanpa dokumen sah.

"Suspek berusia 20 tahun gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan buah-buahan yang dibawanya sebelum ditahan bersama rampasan untuk siasatan lanjut.

"Hasil soal siasat mendapati durian itu ditempah oleh majikannya menerusi aplikasi WhatsApp. Suspek mendakwa hanya ditugaskan mengambil bekalan berkenaan sebelum membawanya ke Pasir Puteh untuk dijual," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved