
PEMUDA Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) menyasarkan untuk mendaftarkan 20,000 ahli tahun ini.
Ketuanya Datuk Fairuz Renddan berkata walaupun Gagasan Rakyat hanya dilancarkan secara rasmi pada 5 Februari tahun ini, sambutan golongan muda terhadap parti itu amat menggalakkan, dengan ramai yang berminat untuk menyertainya.
“Kami telah memulakan pendaftaran keahlian dan untuk tahun ini, kami menyasarkan untuk mendaftar 20,000 ahli.
“Pemuda Gagasan Rakyat akan sentiasa memperjuangkan isu-isu berkaitan belia Sabah untuk memastikan mereka akan dibela dan hak mereka dilindungi.
SPONSORED CONTENT Appreciating the past, preserving the present: A journey into the Orang Asli’s arts, culture THE Orang Asli's art is more than just a creative outlet, it also reflects their enduring ties to their homeland, identity, and culture. Read more Kami akan berusaha membuat perubahan, dengan pendekatan politik yang matang dan tidak melampau, memberi tumpuan lebih kepada pembangunan dan kemajuan untuk manfaat bersama,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pergerakan itu di ibu pejabat parti di Alamesra, Kota Kinabalu, pada 2 Mei.
Fairuz, yang juga Pembantu Menteri Belia dan Sukan, berkata mesyuarat itu juga bersetuju dengan pembentukan Skuad GAHMUDA, platform sukarelawan bagi aktivis muda dan penyokong mereka untuk menyumbangkan fikiran, tenaga dan masa terhadap isu kebajikan, bencana alam, kemalangan, malapetaka dan sebagainya.
Mengalu-alukan kebersamaan anak muda untuk menyemarakkan semangat kesukarelawanan menerusi Skuad GAHMUDA, beliau berkata setakat ini mereka menerima lebih 300 borang untuk menyertai skuad itu, yang dijangka dilancarkan secara rasmi pada penghujung tahun ini.
Terdahulu, Adun Pintasan itu mengumumkan nama-nama ahli jawatankuasanya yang terdiri daripada gabungan pemimpin muda pelbagai latar belakang.
Katanya, Azrul Ibrahim dilantik sebagai naib ketua berdasarkan pengalaman dan kebolehannya mengetuai beberapa organisasi, termasuk menjadi ketua pelajar dan ahli Parlimen Belia Malaysia sebelum ini.
Khazarudin Kahar dilantik sebagai Penolong Setiausaha, Mohammad Ghazali Hajiji sebagai Penolong Bendahari dan Barhul Sahibu sebagai Ketua Penerangan.
Majlis Eksekutif terdiri daripada Abqaree Fawwaz Abekan (NGO dan Perhubungan Media), Zulhuzaimi Hassan (Pendidikan dan Pelajar), Kamarul Anuar Ahmad (Latihan Politik dan Kader), Faizal Sabri (Pekerjaan dan Profesional Muda),
Awang Faisal Assyifa (Ekonomi, Koperasi dan Keusahawanan), Willy Frous Darinsok (Kesejahteraan Rakyat dan Hal Ehwal Luar Bandar), Mohd Fakhruz Zaman Arsit (Hal Ehwal Bandar dan Perumahan), Henry Hamdan (Daftar Keahlian dan Pilihan Raya).
Rosdi Abdul Ghani (Pertanian dan Keterjaminan Makanan), Gordon Horace Chin (Media dan Komunikasi Baharu), Faizal Justin (Agama dan Kerohanian), Chong Tze Kiun (Persekitaran dan Kualiti Hidup), Ardie Zainurin (Keselamatan dan Ketenteraman Awam), Noorudin Abd Hussi (Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan), Muhd Arziz Afizy Rusmani (Sukan dan Rekreasi), Mohd Elmin Ennis (Aduan Masyarakat), Mohd AR Razee Abdulham (Tugas-Tugas Khas), Mohd Darwin Mohd Dun (GAHMUDA), Ag Mohd Amir Akmal Ag Buhtamam (Etika Sosial dan Protokol) dan Azuan Ruzfah (Setiausaha Kerja).
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


