PH calonkan semula penyandang DUN Bukit Selambau

Politics
28 Jul 2023 • 10:29 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SUNGAI PETANI: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, R. Summugam dinamakan semula sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Summugam yang pada awalnya digugurkan, diumum sebagai calon kawasan berkenaan oleh Ketua Setiausaha PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada Majlis Pengumuman dan Pengenalan Calon serta Pelancaran Manifesto Perpaduan Negeri Kedah di sini malam tadi.

Sebelum ini, PH menamakan calon muka baharu R. Suntharajoo untuk bertanding di kerusi tersebut.

Summugam yang mewakili PKR, dijangka bertembung dengan calon PAS Azizan Hamzah yang mewakili Perikatan Nasional (PN) pada PRN kali ini.

Ketika ditemui selepas majlis tersebut, Summugam berkata beliau tidak terkejut dengan pencalonan semulanya itu memandangkan prestasi baik ditampilkannya sebagai wakil rakyat selama ini.

Summugam berkata walaupun tidak dinamakan sebagai calon sebelum ini, beliau menerima perkara itu dengan hati terbuka dan tidak melakukan protes.

Beliau berkata sekiranya dipilih semula pada PRN ini, beliau akan meneruskan fokus menangani krisis air yang menjadi masalah utama penduduk di kawasan berkenaan.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved