PH perlu perluas kerjasama politik, tembusi undi Melayu

LocalPolitics
20 Oct 2026 • 7:22 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: PH perlu perluas kerjasama politik, tembusi undi Melayu

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) perlu memperluas kerjasama politik dengan parti-parti Melayu bagi meningkatkan sokongan pengundi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Penganalisis politik, Dr. Mazlan Ali berkata, PH boleh mempertimbangkan pembentukan gabungan lebih besar dengan parti-parti Melayu bagi memperkukuh sokongan dalam segmen pengundi berkenaan.

“PH mungkin boleh membuka payung besar. Ertinya, mungkin parti-parti Melayu seperti Bersatu dan parti-parti lain boleh membuat kolaborasi dengan PH kerana segmen Melayu ini mungkin dapat ditingkatkan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Menurutnya, sokongan pengundi bukan Melayu bukan cabaran utama PH sebaliknya keupayaan menarik lebih banyak undi Melayu perlu diberikan perhatian bagi meningkatkan peluang gabungan itu memenangi le­bih banyak kerusi.

Katanya, BN dan Pas sebelum ini memanfaatkan naratif Melayu dan Islam untuk meraih sokongan pengundi, termasuk dalam pilihan raya di Negeri Sembilan dan Johor.

Dalam pada itu, Mazlan berpandangan, isu semasa yang membabitkan BN berpotensi membuka ruang kepada PH untuk memperkukuh kedudukan pada PRN Melaka.

Antara isu yang disebut termasuk Tabung Haji, dan isu UiTM yang menurutnya, boleh dimanfaatkan PH sekiranya gabungan itu mengurus perkembangan berkenaan dengan baik.

“Jika PH boleh mengurus isu-isu dengan baik, ada kemungkinan mereka bukan setakat boleh kekal di kawasan majoriti Cina di bandar malah di kawasan-kawasan yang mempunyai pengundi campuran,” katanya.

Beliau turut menyebut Bemban, Gadek, Pengkalan Batu dan Duyung sebagai antara kawasan yang berpotensi kembali dikuasai PH sekiranya gabungan itu dapat memanfaatkan perkemba­ngan politik semasa. –UTUSAN

The post PH perlu perluas kerjasama politik, tembusi undi Melayu appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved