PH Sabah nafi laporan Musa Aman ketuai gabungan negeri

Politics
15 Sep 2023 • 11:26 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KOTA KINABALU - Pakatan Harapan (PH) Sabah menafikan laporan sebuah portal berita tempatan kononnya bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman bakal mengetuai gabungan politik itu.

Menerusi kenyataan bersama hari ini, gabungan itu menyatakan bahawa perkara tersebut tidak pernah dibincang atau diputuskan oleh mereka.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Pengerusi PH Sabah Datuk Christina Liew, Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick, Pengerusi PKR Sabah Datuk Sangkar Rasam, Pengerusi DAP Sabah Datuk Frankie Poon dan Pengerusi Amanah Sabah Lahirul Latigu.

Menurut kenyataan itu, PH Sabah amat terkejut dengan laporan bertajuk Musa Aman akan ketuai PH Sabah? yang tular di media sosial dan menimbulkan kekeliruan serta kerisauan rakyat.

“PH Sabah mengambil pendirian bahawa mana-mana keputusan mustahak berhubung kait dengan mandat dan keyakinan rakyat seharusnya dipertimbang, diteliti dan diperhalusi sebulat suara pada peringkat pimpinan PH Sabah.

“PH Sabah akan bertemu dan bermesyuarat dalam masa terdekat untuk membincangkan perkara ini termasuk hala tuju PH Sabah menjelang pilihan raya negeri yang bakal diadakan,” katanya. - 15 September, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved