PHM Kongsi 8 Zon Sewajarnya Bebas Alkohol, Rokok & Vape 

Health & FitnessLifestyle
7 Oct 2025 • 11:38 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

PHM Kongsi 8 Zon Sewajarnya Bebas Alkohol, Rokok & Vape

Umum mengetahui penggunaan alkohol, rokok dan vape sering dianggap sebagai sebagai hak peribadi dalam masyarakat zaman kini.

Pun begitu, aktiviti kadangkala melibatkan ruang awam atau orang di sekeliling dan ia bukanlah soal kebebasan individu semata-mata.

Apatah lagi penggunaan rokok dan vape telah pun tertakluk di bawah Akta 852 Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam, yang menetapkan larangan terhadap penjualan, promosi dan penggunaan di kawasan tertentu.

Manakala alkohol, masih belum wujud dasar atau garis panduan khusus yang mengawal aspek promosi, tajaan dan penglibatan dalam program awam.

Namun, perkara ini tidak sepatutnya menjadi tiket untuk mereka yang tidak bertanggungjawab dalam menormalisasikan tabiat berisiko yang boleh menjejaskan kesihatan awam dan moral masyarakat.

Dalam kenyataan baru-baru ini, Pertubuhan Kesihatan Malaysia (PHM) berkongsi lapan zon utama yang disifatkan tidak wajar menjadi tempat aktiviti tersebut dijalankan, sama ada secara terbuka mahupun tersembunyi.

8 Zon Sewajarnya Bebas Alkohol, Rokok & Vape

1. Institusi Pendidikan

2. Majlis & Program Kerajaan

3. Fasiliti Kesihatan

4. Tempat Ibadah

5. Tempat Awam dan Rekreasi

6. Pengangkutan Awam

7. Premis Kerja & Pejabat

8. Aktiviti Sukan & Rekreasi

image is not available
Gambar: Public Health Malaysia

Dalam masa yang sama, PHM turut menyeru semua pihak berwajib agar memandang serius isu ini dengan pelbagai langkah yang boleh diambil.

Antaranya termasuklah dasar berkaitan alkohol turut diperketatkan agar semua zon rasmi dan awam benar-benar bebas daripada pengaruh alkohol, rokok dan vape sekali gus membentuk persekitaran yang lebih sihat, selamat dan berintegriti.

https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/posts/pfbid0Wq6UMfGGuTwGeD91NQe77Qw1ni5NHqRJxPjijsJue2egcMWezFd3GM7JGTqn6LFzl?rdid=rsSh6M9O85AUyGtb#