“Phone Apa Tu?” vivo X300 Ultra Jadi Tumpuan Lepas Video Konsert F4 Viral 

TechnologyDigital
12 Aug 2026 • 10:08 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Baru-baru ini boy group popular yang jadi kegilaan ramai sekitar tahun 2001, F4 membuat persembahan untuk F Forever 1st World Tour pada 7 dan 8 Ogos lalu.

Konsert berlangsung penuh mengujakan dengan lebih 45,000 peminat membanjiri UNIFI Arena, Kuala Lumpur.

Peminat F4 yang terdiri daripada Jerry Yan, Van Ness Wu, Vic Chou, serta Ashin dari Mayday sama-sama berhibur dan menyanyi lagu hit kumpulan ini dan highlight semestinya lagu popular mereka, Meteor Shower yang jadi siulan suatu ketika dulu.

Tapi apa yang menarik perhatian adalah satu video viral mengenai peminat yang duduk agak jauh dari pentas dan ada cara tersendiri untuk rakaman lebih jelas.

Tidak, bukan rakam dari skrin gergasi, tapi merakam dari rakaman skrin seorang peminat lain. Memang jelas walaupun di-zoom, hasilnya kekal berdefinisi tinggi. Memang prestasi mantap untuk sebuah phone kalau ke konsert.

Bayangkan boleh nampak dengan jelas detail terperinci Jerry Yan yang menjadi kegilaan ramai gadis-gadis tanpa perlu membelanjakan ribuan Ringgit membeli tiket VIP.

Ruangan komen pastinya hadir dengan pertanyaan bertubi-tubi mengenai model phone berkenaan. Netizen tertanya-tanya apakah model yang digunakan sehingga mampu merakam video sedemikian jelas.

Setelah mencetuskan perdebatan dan persoalan sesama netizen, jenama vivo akhirnya mengumumkan model phone yang mencetuskan tanda tanya ramai. 

Ada bermacam-macam model yang diperkatakan tapi sebenarnya model phone berkenaan rupanya vivo X300 Ultra!

View on Threads

Paling menarik perhatian adalah vivo juga memberi bayangan kepada pengguna mungkin boleh menyewa model berkenaan untuk ke konsert. 

vivo x300 ultra

Bagi anda yang ingin merasa sendiri pengalaman menggunakan model ini, anda dijemput ke vivo Concept Store di Pavilion Kuala Lumpur, Level untuk info lanjut.

The post “Phone Apa Tu?” vivo X300 Ultra Jadi Tumpuan Lepas Video Konsert F4 Viral  appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved