
Saya pengguna tegar Adobe Photoshop sejak 1998 kerana ia adalah satu-satunya perisian menyunting gambar yang mudah digunakan hampir 30 tahun lalu. Dahulu ia hanya perlu dibeli sekali dan digunakan sehingga hari kiamat. Sekarang bayaran langganan setahun hampir RM1000 perlu dibayar. Bagi mereka yang mencari aplikasi ganti tetapi sukar untuk belajar antaramuka baharu, PhotoGIMP telah dilancarkan.

PhotoGIMP mengubah antaramuka perisian GIMP 3.0 untuk kelihatan sama seperti antaramuka Photoshop yang terkini. Ini adalah amat berguna bagi veteran Photoshop – seperti saya – untuk menggunakan perisian percuma ini tanpa perlu belajar semula di mana letaknya setiap elemen alat dalam perisian.
Seperti GIMP, PhotoGIMP yang dibangunkan oleh Diolinux boleh dimuat turun serta digunakan secara percuma. Untuk mencuba PhotoGIMP sila ke pautan GitHub di bawah dan mulakan pengembaraan perisian suntingan gambar percuma tanpa langganan bulanan anda sekarang.



