Piala AFC: Cabaran Kedah terhenti di separuh akhir

10 Aug 2022 • 7:12 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Antara aksi KDA menentang PSM Makassar pada separuh akhir Piala AFC 2022 Zon ASEAN di Stadium Kapten I Wayan Dipta, Bali, Indonesia. - Foto AFC CUP

CABARAN kelab Liga Super, Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam saingan Piala AFC 2022 musim ini terhenti di separuh akhir Zon ASEAN apabila tewas 1-2 kepada PSM Makassar pada Selasa. Sang Kenari kendalian Aidil Sharin Sahak tampil ke Stadium Kapten I Wayan Dipta, Bali, Indonesia, terlebih dulu dikejutkan hasil jaringan Yakob Sayuri minit ke-31 untuk ketinggalan 0-1 di babak pertama. Babak kedua, PSM Makassar menggandakan asakan bagi melebarkan jaringan akhir berjaya menjaringkan gol kedua hasil tandukan Yuran Fernandes pada minit ke-54. Bagaimanapun selepas itu The Red Fish terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Fernandes dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-62. Peluang itu dimanfaatkan sepenuhnya KDA apabila merapatkan jurang hasil percubaan Fayadh Zulkifli pada minit ke-86 untuk kedudukan 2-1. PSM Makassar sekali lagi terpaksa beraksi dengan sembilan permain setelah Agung Mannan dilayangkan kad merah pada minit ke-93.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved