Piala AFF: Perlawanan Malaysia, Thailand malam esok diramal dalam keadaan hujan

6 Jan 2023 • 6:34 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 6 JAN: Aksi perlawanan separuh akhir Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 antara Malaysia dengan Thailand di Stadium National Bukit Jalil, esok diramal berlangsung dalam keadaan hujan.

MetMalaysia melalui laman Facebook rasminya hari ini memaklumkan cuaca di sebelah pagi dan petang dijangka baik namun diramal hujan pada waktu malam.

Suhu pula dijangka antara 24 darjah Celcius hingga 32 darjah Celcius pada hari itu.

Skuad Harimau Malaya kendalian Jurulatih Malaysia Kim Pan Gon mara ke peringkat separuh akhir Piala AFF 2022 selepas menundukkan Singapura 4-1 pada aksi terakhir kumpulan B Selasa lepas.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved