Piala ASEAN FIFA: Indonesia tewaskan Thailand di pentas final

FootballSports
6 Oct 2026 • 12:08 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Piala ASEAN FIFA: Indonesia tewaskan Thailand di pentas final

PETALING JAYA – Indonesia bergelar juara Piala ASEAN FIFA 2026 apabila menewaskan Thailand menerusi penentuan penalti 4-2, selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 sehingga tamat masa tambahan dalam aksi penuh dramatik.

Pada aksi di Stadium Gelora Bung Karno itu, skuad Gajah Perang terpaksa beraksi dengan 10 pemain sejak minit ke-81 selepas Nicholas Mickelson menerima kad kuning kedua sebelum dilayangkan kad merah.

Kelebihan itu dimanfaatkan Indonesia apabila Dean James meledak menerusi sepakan percuma pada minit ke-84 untuk memberikan kelebihan buat skuad Garuda.

Namun, Thailand enggan mengalah apabila Iklas Sanron menyamakan kedudukan pada minit ke-87 sebelum Peeradol Chamrasamee meletakkan Thailand di depan pada minit ke-111.

Drama semakin memuncak apabila Elkan Baggott muncul penyelamat Indonesia menerusi gol penyamaan pada minit ke-116, sekali gus memastikan perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti.

Tuah memihak tuan rumah apabila pemain warisan seperti Shayne Pattynama, Elkan Baggott, Dean James dan Kevin Diks masing-masing menyempurnakan sepakan untuk kemenangan 4-2.

Sementara itu, dua tonggak Thailand, Nattapong Sayriya dan Sarach Yooyen pula menjadi duri dalam daging buat pasukan apabila sepakan yang diambil gagal menerjah jaring.

Terdahulu, skuad Harimau Malaya turut berjaya melakar kemenangan 1-0 ke atas Vietnam untuk meraih kedudukan ketiga pada kempen yang dianjurkan buat julung di Jakarta, kali ini. – KOSMO! ONLINE

The post Piala ASEAN FIFA: Indonesia tewaskan Thailand di pentas final appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved