Piala ASEAN FIFA: Peluang hapuskan badi Vietnam

LocalFootball
5 Oct 2026 • 8:20 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Piala ASEAN FIFA: Peluang hapuskan badi Vietnam

MISI tamatkan badi 12 tahun tanpa kemenangan ke atas Vietnam menjadi ‘ganjaran’ terbaik buat Harimau Malaya menjelang aksi penentuan tempat ketiga Piala ASEAN FIFA 2026 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, hari ini.

Meskipun ramai menganggap perlawanan itu seperti tiada makna selepas kedua-dua pasukan gagal mara ke final, Cheng Hoe percaya ia tetap memberi simbolik berharga buat skuad negara.

Cheng Hoe berkata, Harimau Malaya perlu lupakan kekecewaan lepas dengan menggunakan pertemuan tersebut sebagai peluang untuk menamatkan penantian panjang memburu kemenangan ke atas Vietnam.

“Pasukan telah menunjukkan petanda yang positif (sepanjang kejohanan) dan seperti yang sering saya katakan, kita perlu terus fokus dan pandang dengan cabaran di depan.

“Harus diakui pasukan sudah banyak kali tewas kepada Vietnam sebelum ini, tetapi kami mesti menghadapi perlawanan itu dengan penuh keyakinan dan melihatnya sebagai peluang terbaik untuk mendapatkan keputusan positif.

“Saya harap pasukan dapat meningkatkan prestasi, mengekalkan konsistensi dan bermain sebagai satu unit,” katanya.

Sebagai rekod, skuad negara gagal menang pada 12 aksi antarabangsa menentang Golden Warriors apabila kali terakhir meraih kemenangan pada aksi Piala AFF 2014.

Namun, Harimau Malaya telah menunjukkan prestasi cemerlang apabila meraih dua kemenangan dan satu keputusan seri dalam Piala ASEAN FIFA selain tidak dibolosi sebarang gol.

Cuma, benteng skuad negara kali ini menerima tamparan hebat apabila kapten, Dion Cools telah meminta pelepasan awal atas urusan peribadi.

Selain itu, pemain lincah, Faisal Halim juga disisihkan kerana mengalami kecederaan serius ketika bertemu Indonesia, minggu lalu.

Menurut Cheng Hoe, ketiadaan Cools pastinya dirasai apabila kapten itu memainkan peranan penting dalam menyusun benteng pertahanan selain membimbing rakan sepasukan di atas padang.

Dari segi corak permainan dan pertahanan, Cools memainkan peranan yang sangat penting. Namun, kami menghormati keputusan (untuk pulang lebih awal) dan mendoakan yang terbaik buat Cools,” katanya.

 

The post Piala ASEAN FIFA: Peluang hapuskan badi Vietnam appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved