Piala ASEAN FIFA: Harimau Malaya akhiri badi 12 tahun

LocalFootball
5 Oct 2026 • 7:13 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Piala ASEAN FIFA: Harimau Malaya akhiri badi 12 tahun

PETALING JAYA – Harimau Malaya akhirnya menamatkan badi 12 tahun ke atas Vietnam apabila menewaskan seteru, Vietnam 1-0 dalam aksi penentuan tempat ketiga Piala ASEAN FIFA di Stadium Gelora Bung Karno, sebentar tadi.

Kemenangan itu bukan sahaja menghadiahkan pingat gangsa buat skuad negara, malah menjadi noktah kepada penantian panjang Malaysia untuk menumbangkan Vietnam dalam pertemuan kompetitif antarabangsa.

Pada perlawanan itu, Malaysia sebenarnya mempunyai peluang untuk membuka jaringan lebih awal menerusi Bergson da Silva, namun penjaga gol Vietnam tampil cemerlang menafikan percubaan penyerang naturalisasi itu pada minit ketiga dan ke-35.

Bergson sekali lagi cuba mencipta ancaman selepas rehat, namun percubaannya pada minit ke-59 gagal menemui sasaran sebelum digantikan Tierney seminit kemudian.

Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mula membuat pertukaran apabila mengeluarkan Bergson untuk digantikan dengan Fergus Tierney.

Percaturan itu membuahkan hasil apabila Tierney hanya memerlukan seminit untuk meledak gol kemenangan dari luar kotak penalti hasil bantuan Manuel Hidalgo.

Vietnam cuba bangkit dan memperoleh peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-74 apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti.

Bagaimanapun, keputusan itu kemudian dibatalkan selepas campur tangan Video Bantuan Pengadil (VAR), sekali gus menyelamatkan Malaysia daripada tekanan besar pada penghujung permainan.

Penjaga gol negara, Ahmad Syihan Hazmi kekal tenang selaku benteng terakhir walaupun diasak jentera serangan lawan dengan keputusan 1-0 kekal hingga wisel penamat.

Lebih menarik, skuad negara mengakhiri kempen Piala ASEAN FIFA tanpa dibolosi sebarang gol dalam empat perlawanan. – KOSMO! ONLINE

The post Piala ASEAN FIFA: Harimau Malaya akhiri badi 12 tahun appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved