Piala ASEAN: Malaysia perlu manfaat aksi laman sendiri

LocalFootball
8 Aug 2026 • 8:20 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Piala ASEAN: Malaysia perlu manfaat aksi laman sendiri

HARIMAU Malaya harus mengetepikan faktor tekanan untuk memastikan kemenangan mampu diraih ke atas Filipina pada aksi terakhir Kumpulan B Piala ASEAN 2026 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini.

Di sebalik harapan tinggi untuk menyaksikan kemaraan skuad negara ke pusingan kalah mati, Harimau Malaya kini turut berdepan tuntutan tiga mata untuk menghadirkan keceriaan buat penyokong yang hadir ke stadium.

Pengendali pasukan, Tan Cheng Hoe tampil meredakan situasi dan mahu anak buahnya memberikan sepenuh fokus kepada taktikal serta perancangan pasukan.

“Sudah tentu sebagai jurulatih, kami ingin melihat suasana seperti ini (kehadiran ramai penyokong di stadium) yang boleh jadi ‘pemain ke-12’ untuk beri kami motivasi. Saya harap pemain tidak merasai tekanan untuk memenuhi tuntutan perlawanan kali ini.

“Kami perlu mendapatkan keputusan positif untuk membolehkan kami mara ke pusingan seterusnya. Kami kena fokus sepanjang perlawanan, yakin untuk masuk ke padang dengan penuh bersemangat,” katanya.

Selain beraksi di laman sendiri, Harimau Malaya juga memiliki kelebihan rehat lebih lama berbanding Filipina yang baru sahaja beraksi menentang Thailand Selasa lalu.

Cheng Hoe juga mengakui faktor itu turut memberikan harapan besar buat peminat untuk menyaksikan kemenangan berpihak kepada Malaysia di laman sendiri.

“Kami (pasukan Asia Tenggara) sudah saling bertemu, mereka dilatih jurulatih dari Sepanyol dan saya fikir mereka akan cuba mengawal permainan. Saya pasti perlawanan ini akan jadi menarik untuk disaksikan peminat.

“Saya harap pemain akan lebih segar dan dalam masa sama, sebagai jurulatih kami mahu kami menggunakan setiap peluang. Jadi kami kena bermain dengan baik dan penuh berintensiti,” katanya.

The post Piala ASEAN: Malaysia perlu manfaat aksi laman sendiri appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved