Piala Asia: Laungan 'Free, free Palestine!' bergema di Stadium Al-Janoub

19 Jan 2024 • 11:58 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Reaksi para penyokong Palestin ketika menyaksikan perlawanan peringkat Kumpulan C Piala Asia 2023 menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Al Janoub. Foto Bernama

PENYOKONG yang hadir ke Stadium Al-Janoub bersatu melaungkan 'Free, free Palestine!' ketika pertembungan antara Emiriah Arab Bersatu (UAE) bertemu Palestin dalam aksi peringkat kumpulan Piala Asia awal pagi tadi.

Dalam perlawanan yang berkesudahan 1-1, menyaksikan Palestin memperoleh mata pertama susulan tewas 4-1 kepada Iran dalam perlawanan terdahulu, semangat juang barisan pemain negara tersebut antara yang mendapat pujian.

Ketinggalan terlebih dahulu apabila UAE membuka jaringan menerusi Sultan Adil, mereka bangkit menyamakan kedudukan dalam separuh masa kedua apabila Badil Nasser menanduk masuk bola ke gawang sendiri.

Di sebalik mata pertama diraih Palestin, sorakan satu suara oleh barisan penyokong yang hadir ke perlawanan tersebut mencuri perhatian yang mahukan keadilan dan kebebasan buat rakyat Palestin yang ketika ini berdepan pergolakan di negara mereka. - Astro Arena