Piala Dunia 2026: Kelab Ismael Koné Bakal Terima Pampasan RM2.63 Juta

FootballSports
21 Jun 2026 • 3:11 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Piala Dunia 2026: Kelab Ismael Koné Bakal Terima Pampasan RM2.63 Juta

Piala Dunia 2026: Kelab Ismael Koné Bakal Terima Pampasan RM2.63 Juta

FIFA dijangka membayar pampasan hampir £480,000 (kira-kira RM2.63 juta) susulan kecederaan serius yang dialami pemain tengah Kanada, Ismael Koné, ketika beraksi di pentas antarabangsa.

Pemain berusia 24 tahun itu mengalami patah kaki kiri selepas diterjah pemain Qatar, Assim Madibo, dalam kemenangan 6-0 Kanada pada Khamis.

Insiden tersebut menyaksikan Madibo dilayangkan kad merah secara langsung sebelum tampil memohon maaf atas terjahan yang tidak disengajakan itu.

Koné kemudiannya menjalani pembedahan bagi merawat kecederaan berkenaan, yang disahkan berjaya.

Baca juga:

Persatuan Bola Sepak Kanada dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pembedahan membaiki tulang patah di kaki kiri pemain itu berjalan lancar dan Koné akan memulakan program pemulihan dalam masa terdekat.

Sassuolo terima pampasan

Bagaimanapun, kecederaan tersebut bukan sahaja menyebabkan Kanada kehilangan khidmat Koné sepanjang baki kejohanan. Malah, turut memberi kesan kepada kelabnya di Itali, Sassuolo.

Bagaimanapun, Sassuolo dijangka menerima pampasan menerusi Program Perlindungan Kelab FIFA (FIFA Club Protection Programme).

Ia diwujudkan bagi memberi ganti rugi kepada kelab apabila pemain mereka mengalami kecederaan ketika menjalankan tugas bersama skuad kebangsaan.

Di bawah skim berkenaan, pemain perlu disahkan tidak dapat beraksi selama lebih 28 hari untuk melayakkan kelab menerima pampasan.

Berdasarkan jangkaan tempoh pemulihan Koné yang boleh mencecah kira-kira 150 hari, FIFA dijangka membayar hampir £480,000 kepada Sassuolo.

Jumlah sebenar pampasan bagaimanapun bergantung kepada tempoh pemulihan pemain itu sebelum dibenarkan kembali beraksi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved