Piala Dunia 2026: Lothar Matthaus Dedah Kemelut Dalaman Jerman

FootballSports
2 Jul 2026 • 6:27 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Piala Dunia 2026: Lothar Matthaus Dedah Kemelut Dalaman Jerman

Piala Dunia 2026: Lothar Matthaus Dedah Kemelut Dalaman Jerman

Legenda dan bekas kapten Jerman, Lothar Matthäus, mendedahkan skuad kebangsaan negara itu berdepan pelbagai masalah dalaman sepanjang kempen Piala Dunia FIFA 2026.

Ini termasuk isu membabitkan isteri dan ahli keluarga pemain yang didakwa menjejaskan tumpuan pasukan.

Matthäus berkata, terdapat banyak perkara yang perlu diuruskan di dalam dan luar padang sehingga menyebabkan fokus pemain terhadap kejohanan berprestij itu terganggu.

"Dalam pasukan itu, banyak perkara berlaku di dalam dan luar padang. Terdapat masalah melibatkan isteri, keluarga dan pelbagai isu lain," katanya dalam temu bual bersama akhbar Bild.

Masalah libatkan keluarga jejas fokus skuad

Menurut legenda bola sepak Jerman itu, antara punca ketegangan dalam skuad ialah layanan berbeza terhadap ahli keluarga pemain dari segi urusan perjalanan ke Amerika Syarikat.

Beliau mendakwa terdapat pemain yang kecewa apabila ibu kepada seorang rakan sepasukan dibenarkan menaiki pesawat rasmi pasukan. Manakala, pemain lain pula dibenarkan membawa isteri dan anak-anak. Pada masa sama, keluarga pemain lain terpaksa menggunakan penerbangan komersial.

"Disebabkan perkara itu, timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan pemain kerana layanan yang diterima tidak sama," katanya.

Matthäus turut mempersoalkan keputusan pengurusan pasukan yang membenarkan ahli keluarga menyertai skuad terlalu awal ketika kejohanan masih berlangsung.

Menurutnya, kehadiran keluarga sepatutnya hanya dibenarkan sekiranya Jerman berjaya mara ke peringkat suku akhir bagi memastikan pemain memberi tumpuan sepenuhnya kepada saingan.

"Pada akhirnya, banyak kekecohan berlaku tetapi tidak diketahui umum. Fokus pasukan bukan lagi kepada Piala Dunia.

"Mereka belum pun berada di Amerika Syarikat selama dua minggu, namun keluarga sudah berada di sana. Mereka sepatutnya menunggu sehingga peringkat suku akhir," katanya.

Baca juga:

Pendedahan Matthäus itu hadir selepas Jerman tersingkir seawal pusingan 32 terbaik apabila tewas kepada Pasukan kebangsaan Paraguay menerusi penentuan sepakan penalti.

Kegagalan tersebut mengundang kritikan hebat terhadap prestasi skuad kendalian Julian Nagelsmann, selain mencetuskan persoalan mengenai hala tuju bola sepak Jerman selepas satu lagi kempen Piala Dunia yang mengecewakan.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved