Piala Dunia 2026: Mazraoui Dekati Yassine, Titip Pesan Solat Selepas Jaring Gol

FootballSports
25 Jun 2026 • 10:24 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Piala Dunia 2026: Mazraoui Dekati Yassine, Titip Pesan Solat Selepas Jaring Gol

Piala Dunia 2026: Mazraoui Dekati Yassine, Titip Pesan Solat Selepas Jaring Gol

Bintang pertahanan Maghribi, Noussair Mazraoui, telah mencuri perhatian ramai apabila dilihat dalam satu video tular bersama pemain muda negara itu, Gessime Yassine, selepas aksi cemerlang dalam perlawanan awal pagi tadi bersama skuad Atlas Lions.

Dalam perlawanan Kumpulan C Piala Dunia 2026 tersebut, Gessime Yassine berjaya meledak satu gol penting yang membantu Maghribi mencatat kemenangan 4-2 ke atas Haiti.

Kemenangan itu bukan sahaja mengukuhkan kedudukan Maghribi dalam kumpulan, malah turut memastikan mereka menamatkan saingan di tempat kedua sekali gus melayakkan diri ke pusingan kalah mati.

Baca juga:

Namun, apa yang lebih menarik perhatian ramai bukan sekadar jaringan tersebut, tetapi detik selepas perlawanan yang tular di media sosial.

Dalam satu rakaman video, Mazraoui dilihat mendekati Yassine, dipercayai menasihatinya untuk menunaikan solat dua rakaat selepas menjaringkan gol buat skuad Atlas Lions.

"Kamu pulang ke rumah, ambil wuduk dan tunaikan solat dua rakaat. Dan kamu perlu berterima kasih kepada Allah," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved