Piala Dunia: Gol Dibatalkan, Penalti Tak Diberi! Hossam Hassan Kecewa, Persoal Keputusan Pengadil Terhadap Mesir

FootballSports
8 Jul 2026 • 9:51 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Ketua jurulatih Mesir, Hossam Hassan meluahkan kekecewaan mendalam terhadap mutu pengadilan selepas pasukannya tersingkir daripada saingan Piala Dunia apabila tewas 3-2 kepada Argentina dalam aksi pusingan 16 terbaik.

Menurut Hassan, beberapa keputusan kontroversi yang dibuat pengadil menjadi titik perubahan perlawanan sehingga menafikan peluang Mesir untuk mara ke suku akhir.

“Saya akan pulang dan tidak akan menonton lagi mana-mana perlawanan Piala Dunia. Apa yang berlaku kepada kami tidak adil.
“Kami sepatutnya mendapat sepakan penalti dan satu gol kami dibatalkan. Saya sendiri tidak faham mengapa jaringan itu tidak disahkan,” katanya.

Image from: Piala Dunia: Gol Dibatalkan, Penalti Tak Diberi! Hossam Hassan Kecewa, Persoal Keputusan Pengadil Terhadap Mesir

Mesir berada di landasan terbaik untuk mencipta kejutan apabila mendahului 2-0 sehingga berbaki 11 minit permainan.

Namun, kebangkitan dramatik Argentina yang dipimpin Lionel Messi menyaksikan mereka menjaringkan tiga gol untuk melakar kemenangan dan mengesahkan tempat ke suku akhir.

Hassan turut mempertikaikan tindakan pengadil yang tidak menghadiahkan sepakan penalti selepas Hamdy Fathy didakwa dikasari di dalam kotak penalti, sebelum Argentina melancarkan serangan balas pantas yang menghasilkan gol kemenangan.

“Walaupun kami melakukan beberapa kesilapan, kesilapan paling besar ialah apabila kami tidak mendapat hak yang sepatutnya daripada mereka yang membuat keputusan.
“Saya tidak suka kalah, lebih-lebih lagi apabila tewas dalam keadaan yang saya rasakan tidak adil. Namun saya tetap bangga kerana pemain berjaya melaksanakan perancangan dengan baik dan memberikan segala-galanya di atas padang,” katanya lagi.

Image from: Piala Dunia: Gol Dibatalkan, Penalti Tak Diberi! Hossam Hassan Kecewa, Persoal Keputusan Pengadil Terhadap Mesir

Artikel lain: “Saya Telah Berikan Segala Yang Mampu..”- Ronaldo Menangis, Tinggalkan Pentas Dunia

Dalam pada itu, beliau tetap memuji komitmen dipamerkan anak buahnya yang disifatkan mampu memberikan tentangan sengit kepada antara pasukan terbaik dunia meskipun majoriti pemain Mesir beraksi di liga domestik.

“Kebanyakan pemain kami beraksi di liga tempatan, sedangkan ramai pemain negara lain bermain di Eropah. Namun kami tetap mampu memberi saingan kepada sesiapa sahaja,”ujar beliau.

Sumber: Al Jazeera

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved