Piala Dunia Menembak: Gandingan negara terkandas di pusingan kelayakan

30 Jan 2023 • 6:08 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Gandingan penembak negara, Johnathan Wong (gambar) dan Nurul Syasya Nadiah Mohd Arifin tersingkir seawal pusingan kelayakan acara 10 meter (m) air pistol berpasukan campuran pada saingan Piala Dunia Menembak 2023 di Jakarta, hari ini.

Menerusi laman sesawang kejohanan, issf-sports.org, pemenang pingat emas Sukan SEA Vietnam, Johnathan dan pemenang empat pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) 2022, Nurul Syasya Nadiah sekadar menamatkan saingan di tempat ke-12 daripada 18 pasukan dengan catatan 564 mata.

Kegagalan Johnathan dan Nurul Syasya Nadiah untuk mempamerkan aksi terbaik pada pusingan kelayakan menyebabkan mereka tidak berjaya menempatkan diri dalam kelompok enam terbaik untuk merebut pingat.

Ini kerana berdasarkan format kejohanan, dua tempat teratas akan membuat perhitungan pingat emas, manakala selebihnya akan bersaing meraih gangsa.

Pasangan tuan rumah, Muhamad Iqbal Raia Prabowa-Arista Perdana Putri Darmoyo menguasai pusingan kelayakan dengan membidik 579 mata.

Kejohanan bermula Jumaat lepas (27 Jan) dan akan berakhir pada 7 Feb ini.