Piala Dunia: Perancis Mara Ke Separuh Akhir Tewaskan England 2-1

11 Dec 2022 • 1:14 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Olivier Giroud menyumbat gol kemenangan bagi menundukkan England 2-1 dan membawa juara bertahan itu melangkah ke pentas separuh akhir Piala Dunia 2022 di Qatar - Gambar Twitter FIFA World Cup

AL KHOR (Qatar) - Penjaring terbanyak pasukan Perancis Olivier Giroud menyumbat gol kemenangan bagi menundukkan England 2-1 dan membawa juara bertahan itu melangkah ke pentas separuh akhir Piala Dunia 2022 di Qatar.

England terpaksa berputih mata apabila sepakan penalti Harry Kane pada sat-saat genting jauh melepasi palang gol.

Perancis bakal berdepan Maghribi yang mengalahkan Portugal 1-0, lapor Agensi Akhbar Jerman dpa.

Gol pertama dihasilkan pada minit ke-17 apabila rembatan Antoine Griezmann berjaya membolosi  gawang membolehkan Perancis mendahului 1-0.

England cuba bangkit pada babak kedua perlawanan dan memperoleh penalti selepas Bukayo Saka dijatuhkan.

Kapten Kane berhasil menyudahkan sepakan untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-54 dan menjaringkan gol ke-53 England, menyamai rekod Wayne Rooney sebagai penjaring terbanyak bersama Three Lions.

Kane berpeluang membawa permainan ke masa tambahan apabila England diberikan satu lagi penalti, namun rembatan ketua pasukan England itu jauh tersasar. 

Harapan England terus terkubur apabila percubaan Marcus Rashford gagal disempurnakan. - Bernama

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved