Piala Dunia: Perjalanan 16 Tahun Tamat, Ronaldo Sebak Titip Kata-kata Akhir

12 Dec 2022 • 6:00 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Cristiano Ronaldo akhirnya menerima hakikat bahawa impiannya membawa Portugal menjuarai Piala Dunia FIFA 2022 terkubur selepas pasukannya tewas baru-baru ini.

Pasukan Portugal tidak dapat melayakkan diri di separuh akhir selepas kalah ditewaskan gergasi dari Afrika, Morocco 0-1 pada Sabtu lalu.

Semasa Piala Dunia berlangsung, Ronaldo diletakkan di bangku simpanan dalam perlawanan kedua berturut-turut selepas berjaya menjaringkan satu gol penalti semasa perlawanan menentang Ghana sebelum itu.

Ekoran kekalahan Portugal pada separuh akhir, Ronaldo dilihat beremosi dan tidak dapat mengawal air matanya ketika berjalan menuju keluar dari padang selepas tamat perlawanan.

image is not available
Kredit: Instagram Cristiano Ronaldo

Keesokannya, bintang bola sepak berusia 37 tahun itu telah mencurahkan isi hatinya dalam satu kiriman yang penuh emosi di laman Instagram miliknya, berhubung dengan kekalahan Portugal.

Dalam hantaran itu, Ronaldo menulis mengenai impiannya untuk memenangi Piala Dunia bersama Portugal.

Memenangi Piala Dunia untuk Portugal adalah impian terbesar dan merupakan cita-cita terbesar dalam kerjaya saya. Nasib saya baik, saya telah memenangi banyak gelaran dimensi antarabangsa, termasuk Portugal tetapi meletakkan nama negara paling tinggi di dunia adalah impian terbesar saya.

Saya berjuang untuk mendapatkan gelaran itu. Saya berjuang sekeras-kerasnya untuk impian ini. Pemain yang hebat seiring bersama saya, dalam lima tahun penampilan jaringan gol dalam Piala Dunia selama 16 tahun, yang turut disokong oleh berjuta-juta orang Portugis.

Saya memberikan yang terbaik. Menyerahkan segalanya di padang. Saya tidak pernah mengalah dalam perjuangan itu dan saya tidak pernah berputus asa dengan impian itu. Sedih, semalam impian itu berakhir, ia tidak berbaloi dengan usaha yang telah diberikan.

Saya hanya ingin anda semua tahu bahawa telah banyak yang diungkapkan, yang telah ditulis, banyak juga telah dibuat spekulasi tetapi dedikasi saya kepada Portugal tidak berubah walaupun sesaat.

Saya sentiasa berjuang untuk objektif (pasukan) dan saya tidak akan membelakangkan rakan sepasukan dan negara saya.

Tidak banyak lagi yang ingin diperkatakan buat masa ini. Terima kasih Portugal. Terima kasih Qatar, perjalanan yang indah semasa ia berlaku.

Kini, berharap cuaca akan berada dalam keadaan yang baik dan membolehkan setiap orang membuat kesimpulan sendiri.

 

Imbas kembali Ronaldo memulakan kariernya bersama skuad kebangsaan Portugal dalam Piala Dunia bermula pada 2006 (Jerman), 2010 (Afrika Selatan), 2014 (Brazil), 2018 (Russia) dan terakhir, 2022 (Qatar).

Difahamkan Piala Dunia yang berlangsung di Qatar pada tahun ini adalah penampilan kali terakhir Ronaldo bersama skuad Portugal di pentas antarabangsa.

Untuk rekod, Portugal layak beraksi dalam lapan edisi Piala Dunia iaitu pada 1966, 1986, 2002, 2006, 2010, 2014, 2018 dan terkini 2022.

Pencapaian tertinggi Portugal dalam Piala Dunia setakat ini adalah berjaya ke peringkat suku akhir pada edisi tahun ini, tempat ketiga pada 1966 dan tempat keempat pada 2006.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano)

Sumber: Cristiano Ronaldo/Instagram