Piala Dunia Wanita: Fifa tampil pengadil dari Palestin

27 Dec 2022 • 12:15 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

ISTANBUL, 27 DIS: Buat kali pertama Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) memilih pengadil dari Palestin untuk perlawanan Piala Dunia Wanita akan datang.

Heba Saadia akan membuat penampilan pada kejonanan Piala Dunia Wanita di Australia dan New Zealand dari 20 Julai hingga 20 Ogos 2023, lapor Agensi Anadolu memetik Agensi Berita Palestin.

Piala Dunia Wanita edisi kesembilan itu buat julung kali juga dianjurkan secara bersama, diadakan di Australia dan New Zealand melibatkan 32 negara. – BERNAMA

View Original Article