Piala FA: Kim Pan-gon beri reaksi ringkas

LocalFootball
8 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Piala FA: Kim Pan-gon beri reaksi ringkas

Ketua jurulatih Selangor, Kim Pan-gon, tampil tenang dalam sidang media selepas perlawanan separuh akhir Piala FA biarpun anak buahnya terlepas tiket final apabila kecundang 2-3 secara agregat.

Pan-gon sebaliknya tidak mahu mengulas panjang keperitan malam ini, apatah lagi beberapa insiden kekasaran yang tidak memihak barisannya apabila tumbang 0-2 di Stadium Taha Ariffin, sebenar tadi.

"Tiada apa yang boleh saya perkatakan tentang perlawanan ini.

"Saya juga tidak boleh ulas mengenai perkara ini (kekecohan di bangku simpanan pada hujung perlawanan)," katanya.

Rakan sejawatannya di kem The Cats, Aidil Sharin Sahak, pula enggan menoleh lagi, malah bertekad membuka lembaran baru dalam bola sepak di Sarawak.

"Barisan pemain tahu apa yang perlu dilakukan untuk perlawanan malam ini. Dari awal hingga 90 minit, banyak peluang dicipta dan kami mendominasi.

"Selepas membawa Kuching City ke final Challenge Cup dan Piala Malaysia musim lalu, kali ini adalah Piala FA dan ini adalah pencapaian hatrik ke final.

"Ini satu perkembangan yang baik buat kelab dan negeri Sarawak," katanya pula.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved