Separuh akhir Piala FA: Ibarat final sebelum final sebenar buat Selangor

Football
7 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Separuh akhir Piala FA: Ibarat final sebelum final sebenar buat Selangor

Menjelang aksi kedua separuh akhir Piala FA 2026 antara Selangor dan Kuching City, perlawanan ibarat masih terbuka dengan agregat hanya dibezakan satu gol sahaja.

Jika sebelum ini Gergasi Merah berjaya menewaskan Kuching City 2-1 di laman sendiri, kini ujian getir menanti mereka untuk mempertahankan kedudukan ataupun mencetak lebih banyak jaringan di Stadium Taha Ariffin, Kuching, Sarawak.

Ia juga merupakan perlawanan yang sangat besar bagi bek kanan Selangor, Quentin Cheng, apabila rekod perlawanan skuad kendalian Kim Pan-gon di laman Kuching City tidak berapa baik dengan kali terakhir memenangi perlawanan di sana pada 2023.

"Ibarat final sebelum final. Kami akan berikan segalanya dan berkorban untuk cuba berada di tempat yang kami mahu dan yang kami layak," kata Quentin Cheng di laman Instagram Selangor.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved