Piala FA: Moraes pimpin Selangor FC ke suku akhir

LocalFootball
9 Sep 2026 • 11:38 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Piala FA: Moraes pimpin Selangor FC ke suku akhir

 

PETALING JAYA – Selangor FC berjaya mengesahkan tempat ke suku akhir Piala FA selepas menyingkirkan finalis musim lalu, Sabah 4-3 secara agregat.

Selepas terikat 2-2 pada aksi pertama, The Red Giants cemerlang untuk memperoleh kemenangan 2-1 pada perlawanan kedua pusingan 16 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.

Bagaimanapun kegembiraan itu diraih dengan suasana agak suram memandangkan perlawanan ini diadakan dalam stadium kosong tanpa kehadiran penyokong.

Terdahulu, pengendali Selangor FC, Kim Pan-gon ambil keputusan menyenaraikan tiga penyerang iaitu Kay Tejan, Chrigor Moraes dan ketua pasukan, Faisal Halim.

Tuan rumah memastikan kelebihan selepas membuka jaringan pada minit ke-36 menerusi penyudah Eduardo Sosa dan kedudukkan 1-0 kekal sehingga tamat babak pertama.

Empat minit selepas aksi bersambung, kegagalan Harith Haiqal Adam Afkar mengeluarkan bola dari kawasan bahaya membuka peluang buat Park Jun Bin meledak gol penyamaan buat pelawat.

Minit ke-56, sepakan penalti Moraes berjaya dibaca penjaga gol lawan namun penyerang itu tampil pantas untuk melakukan tindakan susulan bagi mengesahkan jaringan kedua Selangor FC. – KOSMO! ONLINE

The post Piala FA: Moraes pimpin Selangor FC ke suku akhir appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved