Piala Malaysia: Selangor, Pahang catat keputusan seri 1-1

23 Nov 2024 • 11:14 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 23 NOV: Pasukan Selangor FC dan Sri Pahang FC mencatat keputusan seri 1-1 dalam perlawanan pertama pusingan 16 saingan Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, sebentar tadi.

Gol pasukan tuan rumah dijaringkan menerusi tandukan pemain tengah, Sean Selvaraj pada minit ke-26.

Gol penyamaan Selangor berjaya dihasilkan menerusi tandukan pemain import, Nikola Jambor minit ke-82 dan keputusan 1-1 kekal sehingga wisel penamat.