Piala Malaysia: Stadium Bolasepak Kuala Lumpur venue timbal balik kedua Sabah FC

LocalFootball
19 Nov 2024 • 11:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sabah FC. Foto Sabah Football Club

PERLAWANAN kedua Pusingan 16 Piala Malaysia, Sabah FC menentang PT Athtelic FC bakal diadakan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada 27 November ini.

Pengurus Besar Sabah FC, Mohd Joh Wid berkata, ini berikutan venue asal di Stadium Likas, Kota Kinabalu tidak dapat digunakan kerana menjadi gelanggang bagi Kejuaraan Olahraga Remaja Asean Tenggara (SEA) 2024.

“Tiket fizikal akan mula dijual semasa hari perlawanan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur bermula 12 tengah hari manakala semua pas bermusim boleh digunakan di pintu utama stadium.

“Perlawanan akan bermula pada 8.30 malam dan Sabah FC memohon maaf atas kesulitan yang berlaku,” katanya pada Selasa

Sementara itu, beliau berharap semua penyokong setia The Rhinos di Semenanjung, khususnya sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang dapat hadir bersama-sama memberikan sokongan padu kepada skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee tersebut.

PIALA MALAYSIA 2024/25

PUSINGAN 16

PERLAWANAN PERTAMA

RABU (20 NOVEMBER)

Kuala Lumpur Rovers lwn Johor Darul Ta’zim

(Stdm Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, 6 petang)

KHAMIS (21 NOVEMBER)

Penang FC lwn Kuching City

(Stdm Bandaraya, Georgetown, 8.30 malam)

JUMAAT (22 NOVEMBER)

Kedah Darul Aman lwn Kuala Lumpur City

(Stdm Darul Aman, Alor Setar, 9 malam)

Kelantan Darul Naim lwn Perak

(Stdm Majlis Bandaraya Petaling Jaya, 9 malam)

SABTU (23 NOVEMBER)

PT Athletic lwn Sabah FC

(Stdm Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, 5 petang)

Sri Pahang FC lwn Selangor FC

(Std Majlis Perbandaran Temerloh, 8.30malam)

Melaka FC lwn Terengganu FC

(Stdm Hang Jebat, 9 malam)

AHAD (24 NOVEMBER)

Negeri Sembilan FC lwn PDRM FC

(Stdm Tuanku Abdul Rahman, Paroi, 9 malam)

PIALA MALAYSIA 2024/25

PUSINGAN 16

PERLAWANAN KEDUA

RABU (27 NOVEMBER)

Sabah FC lwn PT Athletic

(Stdm Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, 8.30 malam)

JUMAAT (29 NOVEMBER)

PDRM FC lwn Negeri Sembilan FC

(Stdm Majlis Perbandaran Selayang, 8.30 malam)

Terengganu FC lwn Melaka FC

(Stdm Sultan Mizan Zainal Abidin, 9 malam)

SABTU (30 NOVEMBER)

Perak FC lwn Kelantan Darul Naim FC

(Stdm Majlis Perbandaran Manjung, 4 petang)

Kuching City lwn Penang FC

(Stdm Negeri, 7.30 malam)

Johor Darul Ta’zim lwn Kuala Lumpur Rovers

(Stdm Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, 8.30 malam)

AHAD (1 DISEMBER)

Selangor FC lwn Sri Pahang FC

(Stdm Majlis Bandaraya Petaling Jaya, 8.30 malam)

Kuala Lumpur City lwn Kedah Darul Aman

(Stdm Bolasepak Kuala Lumpur, 9 malam)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved