Piala Osca dapat sambutan positif

3 Aug 2025 • 12:08 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: GL Oh

Kota Kinabalu: Sebanyak 20 pasukan menyertai Kejohanan Bola Jaring Piala Osca pertama anjuran Old Sabah Collegians Alumni (Osca) di gelanggang Tenis Sutera Harbour pada Sabtu.

Presiden Osca Noran Addy Sukiran dalam ucapan perasmiannya gembira dengan sambutan positif itu.

“Saya difahamkan terdapat 300-400 orang yang hadir hari ini. Jumlah yang besar ini menggambarkan kejayaan penganjuran dalam menghimpunkan masyarakat pelbagai agensi dan generasi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Ia menunjukkan peranan sukan sebagai jambatan mengeratkan hubungan dan integrasi sosial serta kekuatan wanita dalam menyertainya untuk memberi inspirasi kepada orang lain.

“Mari kita bersama-sama terus menyokong pembangunan sukan khususnya bola jaring sebagai platform untuk memupuk gaya hidup sihat dan membina semangat berpasukan dalam kalangan wanita,” katanya.

Noran turut mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa penganjur atas usaha mereka menjayakan kejohanan itu dengan hanya tiga minggu persiapan.

Tetamu kehormat dan penasihat Osca Datuk Ghani Rashid percaya kejohanan itu akan membantu mengangkat martabat wanita kerana bola jaring, katanya akan mengukuhkan disiplin, membina kerjasama dan kepercayaan dalam kalangan rakan sepasukan.

“Kita juga harus ingat bahawa dalam setiap perlawanan, kemenangan bukan sekadar mata dan trofi.

“Akan ada juga yang pulang membawa pengalaman berharga, semangat baharu dan kenangan yang tidak ternilai. Lebih penting, kejohanan ini menjadi medan penyatuan hubungan dan jiwa dalam kalangan komuniti bola jaring,” tambahnya.

Sementara itu, lima bekas pelajar Maktab Sabah yang menerima Anugerah Khas Ikon Bola Jaring Osca 2025 daripada Ghani hasil sumbangan masa lalu mereka kepada negeri dan negara ialah Esther Martin (1991–1995), Rafilah Ahmad (1995–1999), Redzanizah Duman (1997–2000), Fong Kah Ling @ Fennie (1997–2000) dan Ronika @ Ann Marian Ronald Masigi ( 1992–1993).

View Original Article