Piala Raja Thailand: Harimau Malaya bertemu tuan rumah

12 Sep 2022 • 1:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Jadual Piala Raja Thailand 2002.

SKUAD Harimau Malaya bakal berdepan Thailand pada aksi pertama bagi edisi ke-48 Piala Raja Thailand (48th King's Cup) 2022 di Stadium Chiang Mai, Thailand pada 22 September ini.

Satu lagi perlawanan menyaksikan skuad Trinidad & Tobago berdepan Tajikistan di venue dan tarikh yang sama.

Jika berjaya menewaskan Thailand, skuad negara kendalian Kim Pan-gon, bakal mara ke pentas final dan sekiranya tewas, skuad negara bakal beraksi bagi penentuan tempat ketiga dan keempat.

Kejohanan yang mula diadakan pada 1968 itu menyaksikan Thailand muncul selaku pemenang terbanyak piala berkenaan apabila merangkul kejuaraan sebanyak 15 kali

Skuad negara pula muncul juara sebanyak empat kali iaitu pada 1972 apabila menewaskan tuan rumah, Thailand, 1-0.

Pada edisi 1976 skuad negara berkongsi kejuaraan dengan Thailand setelah terikat 1-1 skuad negara terikat 1-1 pada aksi final sebelum sekali lagi berkongsi kejuaraan dengan Korea Selatan pada edisi 1977 setelah kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

Skuad negara akhirnya kembali muncul juara apabila menewaskan Singapura 1-0 pada edisi 1978 dan sekali gus menjadi kali terakhir memenangi piala berkenaan.

Untuk rekod, edisi 2019 lalu, skuad Curacao muncul juara dengan menewaskan Vietnam 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 hingga tamat masa tambahan manakala India muncul pemenang tempat ketiga apabila menewaskan Thailand 1-0.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved