Piala Remaja Asia: Young Tigress tamat kempen di tempat keenam

12 Sep 2026 • 1:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Piala Remaja Asia: Young Tigress tamat kempen di tempat keenam
Skuad remaja kebangsaan menamatkan saingan di tempat keenam Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia Wanita 2026 selepas tewas kepada Bangladesh dalam penentuan tempat kelima dan keenam di Moqi, China hari ini. Foto Facebook Malaysian Hockey Confederation

SKUAD remaja kebangsaan menamatkan saingan di tempat keenam Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia Wanita 2026 selepas tewas kepada Bangladesh dalam penentuan tempat kelima dan keenam di Moqi, China hari ini.

Kekalahan itu sekali gus meranapkan impian skuad remaja wanita untuk merebut satu daripada lima tiket ke Piala Dunia Remaja 2027.

Dalam aksi yang berlangsung di Moqi Training Base, Hulunbuir, skuad Bangladesh memperoleh jaringan pada minit ke-31 menerusi pukulan sudut penalti sebelum Kona Akter memperkukuh kedudukan pada minit ke-50 menerusi jaringan padang.

Gol tunggal Malaysia diperoleh menerusi jaringan padang Irdina Humaira Jeffrey pada minit ke-59.

Skuad remaja wanita kebangsaan sebelum ini terkandas di suku akhir selepas tewas 0-1 kepada Korea Selatan pada Khamis (10 September). - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved