Piala Sudirman: Malaysia buat perhitungan suku akhir dengan Denmark

18 May 2023 • 11:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Undian peringkat suku akhir Piala Sudirman 2023 yang berlangsung di Suzhou, China sebentar tadi.

MALAYSIA selaku juara Kumpulan C bakal berdepan naib juara Kumpulan A, Denmark pada aksi aksi suku akhir Piala Sudirman 2023 selepas selesai majlis undian di Suzhou, China sebentar tadi.

Jika melepasi saingan suku akhir, skuad badminton negara dijadualkan bertemu pemenang perlawanan antara Korea Selatan atau Taiwan yang berentap dalam satu lagi aksi suku akhir.

Undian itu juga menyaksikan juara bertahan, China akan bertemu Indonesia, manakala Thailand yang muncul juara Kumpulan B menentang naib juara Kumpulan D, Jepun.

Dalam aksi peringkat kumpulan sebelum ini, Malaysia tampil cemerlang apabila apabila menang semua tiga perlawanan menentang Australia 5-0, India 5-0 dan Taiwan 4-1.

Untuk rekod, pencapaian terbaik Malaysia dalam saingan Piala Sudirman adalah mara sehingga separuh akhir pada edisi 2009 di Guangzhou, China dan 2021 di Vantaa, Finland.