Pico 4 Ultra Malaysia: Alternatif Apple Vision Pro yang tak rabak poket

TechnologyDigital
4 Sep 2024 • 7:53 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Pasaran Malaysia menerima satu produk headset realiti maya baharu dengan nama model Pico 4 Ultra. Ia membawakan beberapa naik taraf berbanding Pico 4 yang sudahpun berada di Malaysia sejak 2022 dulu. Daripada segi spesifikasi, ia dilihat bersaing dengan Meta Quest 3 dan alternatif tak pecah poket kepada Apple Vision Pro sekiranya anda ingin rasai pengalaman realiti maya.

Harga Pico 4 Ultra di Malaysia

Pengguna di Malaysia boleh dapatkan Pico 4 Ultra bermula 4 September 2024 pada harga RM2,799. Pico Malaysia turut menjual Pico Motion Tracker, aksesori tambahan kepada Pico 4 Ultra pada harga RM399.

image is not available

Sebagai perbandingan harga jualan Pico 4 yang asal adalah sehingga RM1,999. Ia adalah satu kenaikan yang agak signifikan. Namun, boleh dikatakan ia adalah berbaloi jika anda lihat pada helaian spesifikasi Pico 4 Ultra.

image is not available

Bersempena dengan pelancaran Pico 4 Ultra di Malaysia, anda boleh dapatkan rebat sehingga RM268 apabila membeli set realiti maya ini melalui platform dalam talian. Antara 4 hingga 22 September 2024, pembeli boleh dapatkan Pico 4 Ultra di Shopee pada harga RM2,579 ataupun di Lazada pada harga RM2,699.

Pembeli awal Pico 4 Ultra di Malaysia akan terima hadiah bernilai RM491.99 yang terdiri daripada sepasang Pico Motion Tracker dan juga permainan All-in-One Sport VR untuk mereka terus mencuba teknologi penjejak pergerakan set kepala mereka.

Kalau anda nak dapatkan Pico 4 Ultra pada harga lebih murah, Lazada bakal adakan promosi istimewa daripada 9 hingga 11 September 2024 untuk anda beli produk tersebut pada harga RM2,531 menggunakan baucar khas.

Spesifikasi Pico 4 Ultra

Perubahan terbesar Pico 4 Ultra berbanding generasi sebelumnya adalah penggunaan SoC yang lebih bertenaga. Ia kini menggunakan Qualcomm Snapdragon XR2 untuk menggantikan Snapdragon XR sebelum ini.

image is not available

Disamping naik taraf SoC, komponen RAM juga menerima naik taraf serupa dengan penggunaan LPDDR5 serta kapasitinya naik daripada 8GB kepada 12GB untuk kuasa pemprosesan yang lebih tinggi. Naik taraf tidak terhenti di situ, kamera pass-through Pico 4 Ultra kini terdiri daripada sepasang kamera 32MP berbanding kamera tunggal 16MP pada model sebelum ini. Menggunakan kamera tersebut, si pemakai beroleh visual pass-through pada resolusi 8MP.

image is not available

Kamera beresolusi tinggi itu juga ditemani camera iToF yang mengukur kedalaman medan untuk pengesanan pergerakakan yang lebih jitu.

Daripada segi perisisan, Pico 4 Ultra memperkenalkan PanoScreen Workspace, solusi seakan Apple Vision Pro apabila anda boleh melancarkan banyak tetingkap sekali gus di sekeliling anda untuk ruang kerja yang lebih versatil.

image is not available

Menggunakan Pico Connect App, anda boleh lakukan screen mirror daripada beberapa peranti seperti Mac, Windows, iOS, ataupun Android ke set kepala sehingga 3 jenis serentak.

image is not available

Pico 4 Ultra menyokong Wi-Fi 7 untuk sambungan wayarles yang lebih pantas serta latensi lebih rendah.

Yang tidak mengalami perubahan besar adalah kapasiti bateri. Daripada 5,300mAh sebelum ini, bateri pada Pico 4 Ultra berada pada kapasiti 5,700mAh. Ia mungkin tidak diterjemah kepada hayat guna yang lebih panjang disebabkan ia kini mengandungi lebih banyak komponen elektronik yang memerlukan bateri.

image is not available

Sungguhpun begitu, jangkakan pengecasan yang lebih pantas kerana ia kini menyokong pengecasan 45W berbanding 20W pada Pico 4 yang lama. Malahan, ia tak perlu lagi diletakkan dalam bekas pengecas sebaliknya hanya cucuk kabel USB-C untuk mula mengecas.

Pico Motion Tracker lengkapkan sistem penjejak seluruh badan

Pico Motion Tracker adalah aksesori tambahan yang boleh beri ciri tambahan kepada Pico 4 Ultra. Aksesori ini ditambat pada pergelangan kaki pengguna Pico 4 Ultra untuk nyahkunci fungsi penjejakan seluruh badan.

image is not available

Aksesori ini mempunyai jisim 27g dan mempunya hayat bateri sehingga 25 jam. Apabila ditambat pada Pico 4 Ultra, Pico Motiron Tracker menyertai sejumlah sensor penjejak yang lain mencerap pergerakan badan pemakai secara masa nyata. Dengannya, anda boleh main permainan seperti Tempo Club, dan Les Mills Dance.

Tambah menarik, Pico Motion Tracker juga boleh digunakan bersama-sama Pico 4 Pro dan Pico 4.

Anda boleh layari laman rasmi Pico 4 Ultra untuk maklumat lanju.