“Pihak Amy Search Menuntut Beberapa Perkara Daripada Shila Amzah” – Peguam

EntertainmentPolitics
9 Aug 2025 • 10:46 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Peguam yang mewakili penyanyi Shila Amzah iaitu Nini Adila Wan Omar memaklumkan bahawa penyanyi legenda Datuk Amy Search telah membuat beberapa tuntutan dalam LOD yang dihantar baru-baru ini.

Menurut Nini, LOD berkenaan mengandungi beberapa tuntutan yang tidak dapat didedahkan kepada umum buat masa sekarang.

Pihak Datuk Amy menghantar LOD kepada Shila Amzah, anak guam saya menuntut beberapa perkara yang saya tidak dapat dedahkan lagi buat masa sekarang kerana masih di peringkat awal.

image is not available

Akan balas LOD, harap selesai dengan baik

Kata Nini Adila, pihaknya kini sedang mendapatkan keterangan dan bukti-bukti lanjut dari pihak Shila untuk kami memjawab kepada semua dakwaan-dakwaan dan tuntutan dalam LOD tersebut.

Apa yang pasti, pihak kami akan membalas kepada LOD tersebut.

Dalam pada itu, Nini Adila turut berharap agar isu di antara dua penyanyi tersebut dapat diselesaikan dengan baik tanpa menjejaskan hubungan profesional atau peribadi kedua-dua pihak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah 茜拉 (@shahilaamzah)

Beri Shila ruang, jangan buat spekulasi

Semua pihak juga diharapkan dapat memberi ruang dan menghormati proses undang-undang yang sedang berjalan serta untuk mengelakkan daripada membuat apa-apa spekulasi.

Saya masih dalam proses dapatkan arahan dari anak guam saya. Seperti yang dinyatakan oleh Shila, tempoh ini adalah suatu tempoh yang sukar untuknya. Jadi, saya menyeru semua pihak untuk berhenti membuat sebarang spekulasi yang boleh merumitkan lagi keadaan.

image is not available 2025-08-08 09:05:11

"Ini Merupakan Tempoh Sukar & Penuh Emosi Buat Shila" - Amy Search Hantar Surat Tuntutan, Pengurus Shila Amzah Bersuara