Pihak Berkuasa Jepun Mengenalpasti Salah Satu Individu Utama Yang Memuatnaik Siri Anime Secara Haram

WorldTechnology
12 Aug 2026 • 3:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pihak Berkuasa Jepun Mengenalpasti Salah Satu Individu Utama Yang Memuatnaik Siri Anime Secara Haram

Jika anda peminat anime yang telah berkecimpung dalam hobi ini sejak era 90an lagi, anda pasti tahu bahawa terdapat evolusi global yang melibatkan bagaimana peminat-peminat anime menonton anime dari tahun 1980-90an, awal tahun 2000, 2010 dan sehinggalah sekarang.

Pada awal 2000 ke kira-kira 2015, peminat anime secara lazimnya akan menonton anime dengan memuat-turun episod-episod anime yang disunting dan hadir dengan sarikata dalam pelbagai bahasa yang dinamakan fansub. Anime-anime yang difansub ini secara lazimnya akan dimuat-naik untuk dikongsi dengan peminat-peminat secara percuma melalui pelbagai cara, tetapi cara perkongsian media yang paling popular di era tersebut ialah melalui BitTorrent.

Image from: Pihak Berkuasa Jepun Mengenalpasti Salah Satu Individu Utama Yang Memuatnaik Siri Anime Secara Haram

BitTorrrent ialah cara bagaimana orang ramai berkongsi pelbagai jenis fail dengan satu sama lain, dengan menggunakan kaedah seeding dan leeching, yang mana pemilik asal fail-fail ini boleh berkongsi fail dengan pengguna yang lain, yang mana pengguna-pengguna yang telah memuat-turun fail tersebut akan berkongsi fail yang sama dengan pengguna-pengguna lain pula.

Ini merupakan cara bagaimana pengedar-pengedar fail-fail ini mengurangkan kos storan fail, tetapi masih memastikan bahawa orang ramai boleh mendapat akses kepada fail-fail tersebut.

Baru-baru ini, pihak berkuasa di Jepun telah berjaya berjaya memberkas individu yang merupakan initial-seeder atau pekongsi pertama di laman web BItTorrent anime terkemuka, Nyaatorrents. Operasi yang dianggotai Jabatan Polis Wilayah Kyoto, bersama-sama dengan CODA (Content Overseas Distribution Association) dan Japan Hacker Association (JHA) telah mengenalpasti Masakazu Ono, seorang individu Jepun yang berumur 56 tahun sebagai salah satu pihak initial-seeder untuk laman perkongsian cetak rompak anime tersebut.

Image from: Pihak Berkuasa Jepun Mengenalpasti Salah Satu Individu Utama Yang Memuatnaik Siri Anime Secara Haram

Cara individu tersebut dikenalpasti juga dilihat agak menarik. Pihak JHA menggunakan penjejak atau tracker daripada fail-fail torrent yang digunakan untuk muat-turun fail, dan melihat alamat IP manakah yang paling awal berkongsi fail-fail ini, dan setelah sejumlah alamat-alamat IP ini disemak, individu tersebut telah dikenalpasti sebagai individu yang berkongsi fail-fail ini.

Selain daripada fansub, Nyaatorrents juga merumahkan fail-fail yang lazimnya dinamakan RAW, iaitu fail rakaman asal episod-episod anime yang dirakam dari televisyen ke bentuk digital. Fail-fail RAW ini kemudiannya akan disunting dan digunakan untuk terjemahan sari kata sebelum ia dipakej semula sebagai fail fansub.

Institusi CODA khususnya telah dibangunkan khusus untuk menangani kes-kes cetak rompak yang berlaku di luar negara, yang mana laman web seperti Nyaatorrents dilihat sentiasa berpindah-randah untuk mengelak pihak berkuasa. Idea pihak berkuasa Jepun untuk menjejak sumber asal episod-episod anime dan siri televisyen Jepun yang lain untuk menangani isu cetak rompak ini adalah satu cara untuk menyekat kemaraan kegiatan yang dilihat menyebabkan banyak kerugian kepada studio-studio animasi di Jepun.

Sumber: TorrentFreak

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved