Pihak Berkuasa Pecahkan Pintu & Bawa Keluar Barang Di Kampung Sg Baru, Rafidah Meraung – “Anak Aku Dekat Atas! Jahatnya Orang Melayu”

LocalPolitics
11 Sep 2025 • 12:31 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, selebriti serta aktivis, Rafidah Ibrahim sebelum ini sangat lantang menyuarakan serta mempertahankan tapak perumahan di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur.

Terbaru di platform Threads, tular video memaparkan satu live memaparkan keadaan terkini di kawasan tersebut yang sudah dikerumuni oleh pihak berkuasa yang menjalankan tugas mereka iaitu memecahkan pintu serta mengeluarkan semua barang di dalam rumah.

image is not available

Susulan tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa, Rafidah dilihat menangis serta meraung dengan tindakan yang diambil, malah menyifatkan seolah-olah mereka tiada hati perut.

Anak aku dekat atas! Jahatnya orang Melayu!

Dapat dilihat juga di hujung klip video tersebut, Rafidah terduduk menangis sambil ditenangkan oleh seorang lelaki.

image is not available

image is not available

image is not available

Meninjau di ruangan komen, ramai yang simpati melihat keadaan Kampung Sg Baru, namun ada juga yang berkata penduduk sepatutnya sudah menyiapkan diri dengan perkara tersebut susulan sebelum ini pihak berkuasa ada memberi arahan untuk berpindah.

image is not available 2025-07-17 10:35:31

"PMX! Aku Doakan Allah Laknat Orang Melayu Yang Senyap Tentang Kampung Sg. Baru" - Rafidah Mengamuk Dihalau & Diugut Bakar Rumah