Pilih Hotel Mewah Di Bangkok, Enggan Staf Bancuh Teh, Wanita Racun 5 Rakan Sebelum Bunuh Diri

19 Jul 2024 • 2:40 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Seorang wanita berusia 56 tahun ditemui maut bersama lima rakan di bilik sebuah hotel mewah di Bangkok, Thailand dalam satu insiden yang menggemparkan.

Suspek merupakan wanita Vietnam, Sherine Chong yang memegang kerakyatan Amerika dilaporkan telah meracun lima rakan termasuk dirinya dengan sianida.

Kesan racun sianida ditemui dicampurkan ke dalam cawan minuman teh yang ditempah untuk dihidangkan di dalam bilik bernombor 502 di tingkat lima Hotel Grand Hyatt Erawan, lapor Bangkok Post.

Jenayah tersebut dilakukan sebagai jalan terakhir menyelesaikan masalah pertikaian kewangan selepas mereka semua terbabit sebagai rakan kongsi dalam beberapa urus niaga membabitkan jumlah yang besar.

Menerusi kronologi, Sherine menempah masuk ke bilik tersebut seorang diri pada Isnin.

Dia kemudian membuat tempahan makanan termasuk teh ke bilik. Sherine menolak saat staf hotel mahu membantu menyediakan dan membancuh air teh dengan mengatakan dia akan melakukannya sendiri.

Rakaman kamera sekuriti menunjukkan lima rakan suspek yang berbangsa Vietnam masuk ke bilik tersebut membawa beg. 

Namun sejak pukul 2.17 petang Isnin tidak ada seorang pun yang keluar meninggalkan bilik tersebut.

Pada selasa staf hotel menemui mayat keenam-keenam rakan tersebut. Selain Sherine, mangsa dikenali sebagai Dang Hung Van, 55; Tran Dinh Phu, 37; Nguyen Thi Phuong Lan, 47; pasangan Nguyen Thi Phuong, 46; dan Pham Hong Thanh, 49.