Usahawan dan pempengaruh popular, Khairul Amin Kamarulzaman atau lebih dikenali sebagai Khairul Aming sekali lagi mencuri perhatian apabila mengumumkan bakal melancarkan produk terbaharunya di mercu tanda kedua tertinggi di dunia pada Jumaat ini.
Pemilihan lokasi berprestij itu bukan sekadar strategi pemasaran, malah menjadi simbol keyakinannya terhadap kemampuan produk tempatan untuk bersaing di peringkat antarabangsa.
AdvertisementTurun Ke Lapangan Sebelum Pelancaran
Menjelang pelancaran tersebut, Khairul Aming memilih untuk turun sendiri ke lapangan bagi melihat proses penghasilan bahan mentah yang digunakan.
View this post on Instagram
Beliau menyertai nelayan menangkap ikan bilis mata biru, melawat kebun cili serta meninjau sendiri proses pemprosesan di kilang bagi memastikan setiap peringkat penghasilan produk diberi perhatian.
Konsep kemerdekaan turut dipilih sebagai tema pelancaran kali ini sebagai tanda penghargaan kepada golongan petani, nelayan dan pekerja yang menjadi tulang belakang kepada pembangunan ekonomi negara.
Menurutnya, kejayaan sesebuah jenama tidak akan tercapai tanpa usaha keras mereka yang bekerja di belakang tabir.
Dari Kedai Runcit Ke Pentas Dunia
Khairul Aming turut mengimbas kembali perjalanan perniagaannya yang bermula enam tahun lalu apabila botol sambal pertamanya hanya dijual di sebuah kedai runcit tepi jalan.
Kini, beliau bersedia memperkenalkan produk baharunya dari salah satu mercu tanda paling ikonik di dunia, sekali gus membuktikan bahawa usaha berterusan dan sokongan rakyat Malaysia mampu membawa jenama tempatan ke tahap lebih tinggi.
Pelancaran Turut Bantu Usahawan Tempatan
Menariknya, siaran langsung pelancaran yang dijangka berlangsung selama tiga jam itu bukan hanya memfokuskan kepada produk baharunya.
Khairul Aming memaklumkan bahawa selepas stok produk tersebut habis terjual, beliau akan menggunakan baki masa siaran untuk membantu mempromosikan pelbagai produk keluaran usahawan tempatan.
View this post on Instagram
Langkah itu dilihat sebagai usaha menyokong lebih ramai peniaga kecil agar turut mendapat perhatian dan manfaat daripada platform yang dimilikinya.
Pesan Jangan Takut Bermimpi Besar
Di sebalik kejayaannya hari ini, Khairul Aming mengakui dia juga pernah berasa takut untuk mencuba sesuatu yang baharu serta bimbang dengan pandangan masyarakat dan kemungkinan gagal.
Namun, beliau percaya ketakutan itu tidak seharusnya menjadi penghalang untuk terus melangkah.
Khairul Aming turut menggalakkan generasi muda supaya berani memasang impian besar, sentiasa menambah ilmu dan menjadikan setiap kegagalan sebagai pengalaman untuk terus berkembang.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

(Semak Fakta) Benarkah Juruterbang MAS Boleh Dihukum Mati 'Regu Tembak' Di Indonesia?
The post Pilih Menara Merdeka Maybank Lancar Produk Ke-4, Khairul Aming Terus Membanggakan Negara first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






![Khairul Aming Perkenal Produk Sambal Nyet Ke-4, Siap Turun Ke Laut Untuk Belajar Tentang Ikan Bilis [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/Sambal-Bilis-1.jpg?t=1785779306)