Pilihan Raya Israel: Netanyahu, Eisenkot gagal capai majoriti mudah

WorldPolitics
28 Oct 2026 • 5:12 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pilihan Raya Israel: Netanyahu, Eisenkot gagal capai majoriti mudah

BAITULMAQDIS – Pilihan raya umum Israel kini berdepan situasi tergantung apabila kedua-dua blok politik utama negara itu dijangka gagal memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan, selepas lebih separuh daripada undi selesai dikira, lapor perbadanan penyiaran BBC.

Berdasarkan kiraan semasa yang kini mencecah 60 peratus, tiada satu pun pihak berada di landasan kukuh untuk menguasai parlimen.

Keputusan awal menunjukkan parti Likud pimpinan Benjamin Netanyahu kekal sebagai parti tunggal terbesar. 

Susulan itu, Netanyahu menyeru pembentukan sebuah kerajaan sayap kanan yang ‘teguh’ bagi menerajui pentadbiran negara.

Bagaimanapun, cabaran sengit hadir daripada bekas ketua tentera, Gadi Eisenkot, yang mengetuai parti baharu Yashar dan kini menjadi tokoh utama dalam ‘blok perubahan’. 

Eisenkot menegaskan keputusan pilihan raya setakat ini jelas mencerminkan suara rakyat Israel yang mahu menamatkan penggal pentadbiran Netanyahu.

Kesemua 120 kerusi di parlimen Israel, Knesset, menjadi rebutan dalam pilihan raya kali ini. 

Secara sejarahnya, tiada parti yang pernah meraih majoriti penuh 61 kerusi secara bersendirian, memaksa pentadbiran terdahulu bergantung kepada pakatan gabungan.

Melihat kepada perpecahan undi semasa, wartawan BBC Yolande Knell melaporkan bahawa parti-parti politik yang mewakili minoriti Arab Israel berpotensi besar untuk muncul sebagai penentu kuasa  dalam menentukan gabungan mana yang bakal mengambil alih kepimpinan kerajaan seterusnya. – AGENSI

The post Pilihan Raya Israel: Netanyahu, Eisenkot gagal capai majoriti mudah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved