EPL: Ratcliffe cenderung pilih Howe

FootballSports
28 Oct 2026 • 10:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Ratcliffe cenderung pilih Howe

MANCHESTER – Mantan pengurus Newcastle United, Eddie Howe dilaporkan menjadi pilihan pertama pemilik saham Manchester United, Sir Jim Ratcliffe sekiranya mereka membuat keputusan berpisah dengan Michael Carrick.

Masa depan Carrick kini berada dalam situasi bahaya ekoran The Red Devils mengalami beberapa keputusan mengecewakan, gagal meraih sebarang kemenangan dalam lapan perlawanan di semua pertandingan.

Beberapa lagi calon pengganti turut dikaitkan dengan United termasuk bekas pengendali Jerman dan Bayern Munich, Julian Nagelsmann, namun Howe dikatakan menjadi pilihan kerana pernah membuktikan kualiti ketika bersama Bournemouth dan Newcastle United.

Ratcliffe kekal dengan pendirian untuk mengutamakan pengurus berbangsa Inggeris bagi menerajui United menyebabkan Howe dianggap terbaik berbanding beberapa lagi calon lain termasuk Fabien Hurzeler dan Antonio Conte/

Dalam masa sama, Howe juga bersedia untuk memendekkan tempoh rehatnya sekiranya diberi peluang untuk mengemudi The Red Devils dan pengurus itu juga dilaporkan sudah mula mengkaji perlawanan membabitkan United.

Bagaimanapun, tanggungjawab besar menantinya jika benar-benar dilantik khususnya untuk memenuhi harapan besar penyokong pasukan yang kini begitu mengharapkan perubaan segera.

Untuk rekod, The Red Devils hanya menang sekali dalam lapan perlawanan EPL dan sekali dalam tiga aksi awal Liga Juara-Juara, musim ini. – AGENSI

The post EPL: Ratcliffe cenderung pilih Howe appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved