
TEL AVIV – Keputusan Pilihan Raya Umum Israel menyaksikan persaingan sengit yang sukar diramalkan apabila tinjauan keluar mengundi mendapati tiada pihak yang berjaya memperoleh majoriti, lapor saluran berita BBC.
Dua tinjauan keluar menunjukkan blok pimpinan bekas ketua tentera, Gadi Eisenkot, bersaing rapat secara dengan kem Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.
Sementara itu, satu lagi tinjauan meletakkan kem Netanyahu sedikit di hadapan, namun kedua-dua pihak masih gagal melepasi ambang majoriti yang diperlukan untuk membentuk kerajaan secara mutlak.
Eisenkot, yang mengetuai parti baharu Yashar, kini muncul sebagai tokoh utama dalam ‘blok perubahan’, satu gabungan parti pembangkang yang berkongsi matlamat sama untuk menyingkirkan Netanyahu daripada tampuk kuasa.
Bagaimanapun, tinjauan keluar turut membayangkan parti Likud pimpinan Netanyahu masih berada di landasan tepat untuk kekal sebagai parti tunggal terbesar di parlimen Israel.
Penganalisis mengingatkan bahawa landskap politik Israel sering ditentukan oleh margin kerusi yang sangat kecil, selain tinjauan keluar pernah meleset dalam beberapa pilihan raya lalu. – AGENSI
The post Pilihan Raya Israel: Tiada parti peroleh majoriti bagi bentuk kerajaan appeared first on Kosmo Online.




