Pilu! Ibu Anak 3 Terlantar Sebab Kanser Tahap 4, Suami Pula Nak Ceraikan

Entertainment
12 Nov 2024 • 4:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Begitu memilukan dengan dugaan yang menimpa Norazah Abdullah, 50 ini, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, diuji dengan penyakit kanser kanser pangkal rahim tahap empat sejak empat tahun lalu dan kini sedang menunggu masa untuk diceraikan.

Katanya, dia yang bakal bergelar ibu tunggal itu kini dalam keadaan terlantar dan perkara ini cukup perit buatnya, tambahan pula mempunyai tiga anak yang masih kecil.

“Sebelum ini saya masih sihat dan mampu membuat kuih untuk mencari rezeki. Namun sejak awal tahun ini kesihatan saya semakin merosot dan hanya terbaring, hendak berjalan pun sukar, apatah lagi menguruskan anak-anak.”

Lebih menyedihkan lagi, suaminya itu mahu menceraikannya sekali gus kesemua anak yang berusia 7 hingga 10 tahun akan berada di bawah jagaannya. Disebabkan itu, dia membuat keputusan untuk berpindah dari Muar, Johor ke kampung halamannya di Pasir Mas, Kelantan.

Katanya, dia kini hanya harapkan keluarga di kampung dan adiknya, Abdul Aziz Abdullah, 46 yang ambil alih menjaga keluarga.

image is not available

“Saya sebak bila memikirkan anak-anak terpaksa berhenti sekolah dan berpindah ke Pasir Mas. Dalam keadaan saya begini hanya doa yang mampu kuatkan semangat.”

“Bagaimanapun ALLAH mendengar rintihan saya apabila pihak PPD (Pejabat Pelajaran Daerah) Pasir Mas telah datang ke rumah dan mereka bersedia menguruskan hal persekolahan anak-anak. Mereka dijangka mula bersekolah kembali Ahad ini.”

Jelas Norazah, ketiga-tiga anaknya itu adalah hasil perkahwinan keduanya pada 10 tahun lalu. Jika diikutkan, Norazah mempunyai 7 orang anak.

image is not available

Empat daripada hasil perkahwinan pertama yang berusia 23 hingga 31 tahun itu kini telah membawa haluan masing-masing. Bahkan, bercakap mengenai penyakitnya, wanita itu memberitahu, dia sudah tidak mahu meneruskan rawatan selepas menjalani radioterapi sebanyak 30 kali di Hospital Sultan Ismail, Johor.

Sumber : Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.