Pilu! Ibu Gajah Tak Berganjak, Cuba Alih Lori Kontena Untuk Selamatkan Anak

LocalEnvironment
11 May 2025 • 12:30 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Pilu! Ibu Gajah Tak Berganjak, Cuba Alih Lori Kontena Untuk Selamatkan Anak

Pilu! Sayu dan menyayat hati.

Seekor anak gajah jantan berusia kira-kira lima tahun ditemukan mati selepas dilanggar sebuah lori kontena di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli awal pagi tadi.

Anak gajah yang dianggarkan seberat 700 kilogram itu dilaporkan maut di lokasi kejadian, manakala ibunya yang turut berada di tempat sama cuba menyelamatkan anaknya dengan mengalihkan lori yang melanggarnya.

image is not available

image is not available

Pilu! Ibu Gajah Tak Berganjak

Insiden itu tular di media sosial menerusi beberapa gambar dan video yang menunjukkan anak gajah tersebut terperosok di bawah lori kontena, manakala seekor gajah dewasa, dipercayai ibu kepada anak gajah itu dilihat cuba menolak lori berkenaan dalam usaha terdesak menyelamatkan anaknya.

image is not available

image is not available

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak, Yusoff Shariff memaklumkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut sekitar pukul 3.30 pagi.

“Anggota PERHILITAN telah ke lokasi kejadian dan bangkai anak gajah yang mati itu, kita akan lupus (tanam),” katanya ketika dihubungi BERNAMA hari ini.

Menurut beliau, ibu gajah itu berjaya diselamatkan dan akan dilepaskan semula ke habitat semula jadi yang sesuai dan selamat.

Sumber: BH Online