Pindaan Akta 283: 2,145 individu tampil dapatkan rawatan pemulihan dadah

LocalPolitics
18 Aug 2026 • 1:34 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pindaan Akta 283: 2,145 individu tampil dapatkan rawatan pemulihan dadah

PUTRAJAYA: Seramai 2,145 individu tampil secara sukarela untuk mendapatkan rawatan selepas Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Akta 283) dikuatkuasakan pada 22 Ogos tahun lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, jumlah tersebut yang direkodkan sehingga bulan ini membuktikan pendekatan kerajaan untuk menyahjenayahkan individu yang tampil mendapatkan rawatan mula menunjukkan hasil yang positif.

“Sejak dikuatkuasakan pindaan Akta 283 pada 22 Ogos 2025 sehingga Ogos 2026, kita mencatatkan 2,145 individu yang tampil secara sukarela untuk mendapatkan rawatan.

“Ini petunjuk tentang keberhasilan apabila kita pinda akta ini dan kita menggalakkan mereka yang terlibat untuk datang mencari kita serta menyerahkan diri untuk dirawat,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan KDN di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, daripada keseluruhan 2,145 individu yang tampil secara sukarela, seramai 1,401 individu menjalani rawatan dalam komuniti manakala 744 lagi mengikuti rawatan secara institusi.

Katanya, di bawah Seksyen 6A pula, seramai 364 penyalahguna diperintahkan menjalani rawatan mengikut peruntukan akta tersebut.

Menurut beliau, kerajaan sebelum ini menjangkakan pindaan terhadap Akta 283 akan memberikan impak positif terhadap usaha pemulihan dan data yang direkodkan ketika ini membuktikan keberkesanan pendekatan berkenaan.

“Apabila kita membentangkan pindaan Akta Penagih Dadah ini di Parlimen sebelum ini, kita mengharapkan ada hasilnya dan hari ini saya berkongsi hasil tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 1,109 penyalah guna ketum turut dikesan, selain 23,317 orang yang disyaki (OYDS) dengan kesemua data tersebut merupakan antara kayu ukur yang digunakan bagi menilai keberkesanan pindaan Akta 283 yang telah dikuatkuasa. – UTUSAN

The post Pindaan Akta 283: 2,145 individu tampil dapatkan rawatan pemulihan dadah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved