“Pinjam Duit Aku Tak Nak Pula Cerita” – Datin Red Dedah Sampai Jual Tanah Nak Tolong, Tapi Tak Dihargai?

27 Mar 2024 • 1:31 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
datin red

Semalam, suami kepada penyanyi Adira iaitu Datuk Seri Adnan Abu membuat pendedahan mengejutkan apabila mengaku sudah muflis sejak lima tahun lalu.

Dalam tempoh itu, isterinya iaitu Adira telah menanggung perbelanjaan dan dia umpama ‘biawak hidup’ di rumah.

Buat masa ini, Datuk Red mahu mencari pekerjaan untuk membeli barangan keperluan hari raya yang bakal tiba tak lama lagi.

Terbaru, hantaran isteri pertama Datuk Red iaitu Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim mengundang perhatian ramai.

image is not available

Datin Red meluahkan kekecewaan terhadap seseorang namun tak dijelaskan secara jelas siapa individu yang dimaksudkan.

Dalam luahan itu, Datin Red memerli tindakan individu yang tak menghargai jasanya memberi pinjam duit dan menjual tanah untuk membantunya.

image is not available

Anak-anaknya juga terjejas apabila mengalami trauma dengan apa yang berlaku. Datin Red berharap masa akan menjawab segala-galanya dan Allah SWT sentiasa bersamanya.

Kredit: Instagram datin_red

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.