'Pinjam MyKad kawan untuk dapatkan kerja'

LocalPolitics
6 Aug 2026 • 7:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Pinjam MyKad kawan untuk dapatkan kerja'
JPN dengan kerjasama JIM dan JTK melaksanakan pemeriksaan individu di sebuah kilang getah di Kapar, Klang pada Khamis.
Image from: 'Pinjam MyKad kawan untuk dapatkan kerja'

KLANG - Biarpun mengetahui salah menggunakan kad pengenalan (MyKad) orang lain, namun segelintir warga asing dikesan sanggup mengambil risiko itu dengan alasan mahu mendapatkan pekerjaan.

Kegiatan itu sekali lagi berjaya dibongkar Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerusi Op Getah yang dijalankan secara bersepadu bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) di sebuah kilang getah di Kapar, di sini, pada Khamis.

Operasi yang bermula pada jam 3 petang itu mengesan cubaan beberapa warga asing menyorok di sebalik kotak dan mesin.

Kegiatan itu sekali lagi berjaya dibongkar Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerusi Op Getah yang dijalankan secara bersepadu bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) di sebuah kilang getah di Kapar, di sini, pada Khamis.

Operasi yang bermula pada jam 3 petang itu mengesan cubaan beberapa warga asing menyorok di sebalik kotak dan mesin.

Seorang wanita berasal dari Jawa, Indonesia, yang dikenali sebagai Nuraini mendakwa dia memperoleh pekerjaan di kilang terbabit melalui ejen selepas menggunakan MyKad yang dipinjam daripada rakannya.

"Saya cakap pada kawan minta tolong pinjam IC (MyKad) untuk dapatkan kerja. Pagi saya pinjam, petang saya pulangkan semula.

"Lepas dapat pinjam MyKad, kemudian ejen yang uruskan dengan tempat kerja," katanya sambil mendakwa sudah bekerja secara sambilan di kilang terbabit sejak sebulan lalu dengan gaji harian RM85.

Wanita berusia lingkungan 30-an itu berkata, dia menyedari kesalahan yang dilakukannya, namun tiada pilihan kerana mahu mendapatkan pekerjaan.

"Bila dah kena tangkap, berserah sajalah. Nak buat macam mana, memang salah sendiri," katanya.

Bagi seorang lelaki berasal dari Sulawesi, Indonesia, yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di kilang terbabit pula, dia mendakwa menggunakan MyKad palsu yang dibeli pada harga RM300.

Menurutnya, semasa memohon pekerjaan, dia memaklumkan bahawa dirinya berasal dari Sabah.

"Saya masuk kerja pakai IC palsu. Kerja di sini sudah hampir setahun," ujarnya.

**media[3607239]**

Sementara itu, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JPN, Mazhad Abdul Aziz berkata, seramai 74 individu diperiksa, manakala 24 daripadanya merupakan warga tempatan yang memiliki kad pengenalan yang sah.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan JPN mendapati seramai 22 warga Indonesia berusia antara 28 hingga 55 tahun ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan berkaitan penggunaan kad pengenalan palsu atau menggunakan kad pengenalan milik individu lain bagi tujuan pekerjaan.

"Kes disiasat di bawah Peraturan 25(1)(e), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 dan kesemua yang ditahan telah dibawa ke JPN Putrajaya untuk siasatan lanjut.

"Bagi kesalahan di bawah bidang kuasa JIM pula, seramai 14 warga asing ditahan untuk siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63," katanya kepada pemberita selepas operasi itu di sini.

Beliau menegaskan bahawa kesedaran majikan dan pihak ejen amat penting dalam menangani isu tersebut.

"Pastikan pekerja benar-benar merupakan warga tempatan dan memiliki kad pengenalan yang sah. Mereka yang meminjamkan MyKad kepada orang lain juga boleh dikenakan tindakan," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved