Pinjaman PTPTN mangsa korban tragedi bas UPSI dihapuskan -Fahmi Fadzil

LocalPolitics
11 Jun 2025 • 4:16 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kerajaan tampil meringankan beban waris mangsa tragedi nahas bas membabitkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Perak dengan menghapuskan pinjaman PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) yang ditanggung mangsa terlibat.

Pinjaman PTPTN 15 mangsa tragedi bas UPSI dihapus & dimaafkan

Memetik sidang media yang dibuat Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyatakan sekiranya mangsa yang terkorban merupakan peminjam PTPTN, hutang berkenaan akan dilupuskan mengikut dasar sedia ada.

“Sekiranya ada dikalangan pelajar yang merupakan penerima pinjaman PTPTN, maka berdasarkan dasar sedia ada, pinjaman itu dilupuskan atau dimaafkan.

Jadi tidak ada isu membabitkan 15 orang mangsa tersebut,” katanya dalam Sidang Media Mingguan Kementerian Komunikasi di IPPTAR, hari ini.

image is not available

Pinjaman PTPTN dihapuskan, keluarga terima bantuan kewangan

Dalam pada masa yang sama, Fahmi turut memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan agar bantuan kewangan tambahan disalurkan kepada keluarga mangsa.

“Jemaah Menteri turut dimaklumkan bahawa bantuan tambahan diberikan sebanyak RM10,000 kepada setiap 15 keluarga pelajar yang maut dan RM5,000 kepada mangsa yang tercedera.

Perdana Menteri juga telah mengarahkan Jabatan Peguam Negara untuk meneliti aspek dari segi insuran untuk membantu keluarga mangsa,” jelas beliau.

image is not available

Langkah ini sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan membantu keluarga mangsa tragedi yang meragut 15 nyawa dan mencederakan puluhan yang lain dalam kejadian awal minggu ini.

image is not available

Sebelum ini, 15 nyawa terkorban dalam kemalangan sebuah bas yang membawa puluhan pelajar UPSI dari Jerteh menuju ke Tanjung Malim terbalik di KM53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), berhampiran Tasik Banding, Gerik.

Sumber: Facebook Fahmi Fadzil